Thursday, October 3, 2013

Dua Beradik Bertindik

Bertindik? Hmm dah lama saya tak terfikir tentang bertindik ni. Cuma ada satu masa dulu timbul isu bertindik secara extreme. Merata-rata badan bertindik, perempuan mahu pun lelaki, abis semua bertindik. Tapi saya tak ambil 'pot' sangat sebab saya tak suka tengok, rasa seram-seram, ngilu gitu bertindik di tempat-tempat selain telinga. Dan macam biasa, saya nyaris tersasar dari tajuk cerita.. hahaha

Sebenarnya saya nak bercerita perihal dua puteri saya ni bertindik. Mulanya rasa macam terpaksa sebab Kakak ikut Mak Ngah dia pegi bawak si kembar Syasya & Niania bertindik, jadi dia nak bertindik juga la sebab seronok tengok sepupu bertindik. Kakak Nani idola dia pun dah bertindik. Jadi solusinya ialah "Kakak sabar ye, esok pegi dengan Umi, kita pegi bertindik ye". Bila fikir semula, bagus juga tindikkan Kakak, sebab walau pink mana pun baju Kakak pakai mesti ada yang bertanya Kakak ni perempuan ke lelaki. Hadoi-hadoi..

Jadi malam tu bertanya la kepada Fahidah si kawan karibku, mana tempat nak bertindik, kriteria carian, Melayu dan perempuan. Sebab siang tadi masa mencari kedai bertindik, banyak kedai pilihan tutup. Fahidah cadangkan pegi Kedai Emas Husin di Kuantan Parade. Esoknya bergerak la kami ke sana. Kakak suka la, asik tersengih je. Nak pakai subang, nak jadi macam princess gitu.

Ingatkan boleh pilih warna subang rupanya ada satu warna sahaja, bulat jernih. Nasib baik Kakak ok je (sebab semalam nya duk memilih kaler itu ini dengan Mak Ngah nya). Sepanjang masa proses bertindik tu, Kakak tak takut langsung nampaknya, duk tersengih je teruja nak bersubang. Cuma mungkin berdebar sikit sebab Kakak diam sikit dari biasa.

Prosesnya sangat ringkas dan cepat. Telinga Kakak ditandakan dengan pen supaya tempat tindik sama untuk kedua belah teinga. Kemudian, sedikit cecair sejuk disembur ke sasaran (untuk kebaskan telinga). Akhir sekali, proses bertindik dilakukan dengan cepat dan cermat oleh seorang pekerja kedai.

Siap untuk Kakak, terus suruh dia pegi cek muka subang dia kat cermin. Haiii duk tengok cermin je la jawabnya.. Giliran Adik pula. Adik ni kena pegang betul-betul. Kuat si kecik ni meronta, dia rimas orang pegang-pegang dia. Tindik telinga kanan dia menjerit menangis. Terkejut je kut sebab tindik yang kedua diam je. Bagus la dua-dua 'gegirl' Umi ni. Cayang kamu..


Jadi begitulah pengalaman bertindik kami. Seronok dalam takut-takut. Sebab korang baik kan, maka Umi blanje la makan, kasi tembam lagi korang yang tak tembam-tembam ni.

Kakak si princess Umi :)

Adik si cumil Umi :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...