Monday, November 4, 2013

Resepi Terung Masak Lemak Beserta Ikan Masin Talang Terengganu

Teks : Syakira Razak
Foto : Syakira Razak

Hari ni saya nak berkongsi resepi lagi. Resepi sayur terung masak lemak beserta ikan masin talang Terengganu, haa gitu.. Resepi kegemaran saya kebanyakannya jenis yang mudah dan campak-campak je. Tak perlu fikir beria-ia sangat. Salah satu sebabnya ialah saya tak berapa pandai masak tapi suka nak makan. Hehehe

Bahan-bahan :

Terung
Ikan masin talang Terengganu
Bawang besar
Santan
Asam keping
Garam

Caranya mudah sahaja. Potong terung dan bawang besar, saya guna terung bulat. Ikan masin dipotong-potong juga dan direndam dalam air seketika. Untuk masak lemak ni kita pakai bahagian tulang, kepala dan ekor ikan masin tersebut. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan renehkan atas api perlahan.

Sekiranya santan terlalu pekat bolehlah dicampur dengan sedikit air. Pastikan garamnya tidak la terlalu banyak sebab kita dah masukkan ikan masin. Kalau tidak mungkin anda sekeluarga boleh jadi darah tinggi tiba-tiba. ;) Bila dah cukup rasa masin dan masamnya maka boleh la dihidangkan. Makan dengan lauk ikan goreng pun dah sedap sangat la tu rasanya.

Saya menggunakan ikan masin talang terengganu ni sebab dibelikan oleh mak saudara yang balik ke sana. Memang sedap sebab ikannya ikan baru, jadi dagingnya tak ada la keras kejung mengalahkan papan pemotong kat dapur tu. Digoreng sahaja lagi la sedap, tidak terlalu masin dan sesuai dimakan dengan pulut sebagai sarapan pagi (ini pun kegemaran kami).

Kali ni saya dapat berkongsi gambarnya. Gambar diambil selepas semua siap makan. Perkara yang tak jadi kebiasaan ni memang besar kemungkinan kita akan lupa nak buat. Jadi kena ambil juga la sebagai latihan.  

Walaupun rupanya tak seberapa, tapi kalau anda peminat gulai lemak patut la mencubanya, berbaloi.


Klik sini untuk melihat senarai dan harga produk Shaklee.

Anda boleh isi borang pesanan di sini untuk mendapatkan produk Shaklee.

Atau anda boleh SMS saya di 019-6687345 atau email kepada siti.syakira@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Hubungi saya :
FB : Syakira RazakVitaminshop UmiBookshop Umi 
HP : 019-6687345
Email : siti.syakira@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...