Sunday, November 17, 2013

Pasta Bersos Asli daripada Adabi

Pagi ini saya kembali setelah seminggu menghilang.. Dan saya kembali dengan entry resepi yang mudah. Sangat menyenangkan kan.. Huhuhu.. Ini resepi cepat dan mudah untuk sarapan.

Ok bahan-bahannya..

Bawang putih
Bawang besar
Pasta spiral
Sosej cendawan
Sos pasta asli Adabi
Sedikit minyak

Cara memasaknya mudah.

Mula-mula potong bawang putih dan bawang besar, saya dadukan kedua-dua bawang ni. Kemudian potong serong dan nipis sosej cendawan. Rebus pasta spiral sehingga lembut. Angkat dan toskan airnya. Campurkan sedikit minyak masak kepada pasta supaya tidak melekat.

Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan sos pasta asli Adabi dan kacau seketika. Masukkan sosej dan kacau lagi. Bila sosej dah masak, masukkan pasta yang telah direbus tadi dan kacau sehingga sebati. Sekiranya perlu boleh tambah sedikit garam. Angkat dan hidangkan pada keluarga untuk sarapan di pagi hari ni.

Walaupun simple amat tapi berbaloi memasaknya, habis.. Alhamdulillah

Saya nasihatkan anda berhati-hati dengan jumlah minyak dan garam yang anda gunakan. Sekiranya sudah di tambah minyak dan garam semasa memasak pasta, mungkin anda boleh mengurangkan jumlah minyak dan garam semasa menumis. Kalau tidak boleh jadi berladung minyaknya dan pasta pula terasa sangat masin yang mana akan jadi pematah selera pula pada ahli keluarga yang dah siap sedia dengan sudu garfu kat meja makan. Hahaha kasihan..

Lagi pun kan bagus kalau masakan yang kita sediakan sekiranya tak dapat nak 'alami' semuanya, maka kita berhati-hati dari sudut lain seeperti pengurangan minyak/lemak, garam dan gula dalam masakan.

Jadi selamat mencuba untuk anda semua. 



Untuk senarai harga dan produk Shaklee klik sini : Better Life Style


Iklankan produk anda di sini : SOHO Directory
Bercita-cita untuk jadi Work-At-Home-Mom boleh klik sini :  Akademi Bekerja Di Rumah

Or just simply get in touch with me :  
SMS : 019-6687345

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...