Showing posts with label Energizing Soy Protein. Show all posts
Showing posts with label Energizing Soy Protein. Show all posts

Thursday, March 20, 2014

Set Mengandung, Set Berpantang, Set Penyusuan, Kulit Sensitif dan Demam Kuning Part 2

Kita bertemu lagi, bercerita mengenai pengalaman sebelum dan selepas perkenalan dengan Shaklee dalam Set Mengandung, Set Berpantang, Set Penyusuan, Kulit Sensitif dan Demam Kuning Part 2.

Saya terus menyusukan anak pertama saya (kita sebut Kakak lepas ni k.. :) walaupun membekalkan dia dengan susu tepung semasa dirumah pengasuh. Kakak ni boleh saya katakan sebagai my no.1 BF die-hard-fan. Dia tak pernah sukakan susu badan yang dipanaskan dalam botol. Mungkin juga sebab susu yang dipanaskan dah rosak, rasanya  terjejas dan dia tak mahu jika diberi dalam botol, selain Kakak selalu buang air besar 4-6x sehari (mujur doktor paed kata itu adalah biasa bagi bayi, cuma saya tak pasti sampai umur berapa kebiasaan itu.. **ku pening)

Namun semasa mengandung kali kedua, saya sukakan Shaklee, dan perlu makan Shaklee hari-hari.

Pemakanan harian saya tidak banyak berubah berbanding semasa mengandung kali pertama selain menambah suplemen Shaklee kepada diet saya. Saya mengambil Vitalea, B-complex, Vita-C, Ostematrix, ESP dan Omega. Alhamdulillah, masalah morning/evening/night sickness terkawal. Saya bukan lagi penghuni tetap surau di pejabat pada waktu kerja. Saya juga mampu menguruskan anak, rumah dan memasak walaupun sudah dihujung kehamilan (walaupun perlu buat sendiri).

Setelah bersalin, saya teruskan juga dengan Shaklee, kali ini menambah Zinc dan Alfalfa kepada senarai suplemen saya. Ditambah juga dengan Earth Mama Angel Baby Momma Bottom Balm, luka saya cepat sembuh dan saya cepat sihat. Tambahan pula saya minggu kedua dah boleh pakai seluar, hehehe. Anak kedua saya (kita sebut Adik pula lepas ni.. :) tiada masalah kuning seperti Kakaknya. Betapa leganya saya kerana tak perlu bimbang akan kemungkinan bacaan kuningnya melampau tinggi hingga perlu tukar darah (Kakak hampir kena tukar darah, adui susahnya hati masa tu, dah la duk hospital, luka jahitan sakit, anak tak sihat, namun ku gagahkan diri demi anak tersayang).

Kakak si-penyusu-tegar (yang tetap menyusu semasa saya mengandung walaupun susu amat-amat sedikit) kelihatan sangatlah gembira dengan susu yang sungguh meriah selepas kelahiran adik. Balik-balik Kakak, balik-balik Kakak yang menyusu. Adik tetap juga menyusu, tapi masa Adik tidur, Kakak tetap tak lepaskan peluang. Pantang Adik menyusu dia pun menempel juga, nak dimarah tak sampai hati walaupun mulut ni kadang kala membebel juga hehehe. Dan hingga sekarang Kakak masih menyusu, share dengan Adik yang dah faham nak menempel juga kalau Kakak minta susu walaupun dia baru lepas menyusu. Jeles la tu..


Eh dah panjang juga entri kali ni.. Kita sambung lain kali k. Last part. Nantikan..

Sama ada bwk adik atau bawak kakak, tetap mampu walaupun jalan berkilo2meter setiap hari. Thanks Shaklee!

*Bulan ni ada promo ESP. Nak cuba 1 pun boleh. SMS saya segera di 019-6687345.

Syakira Razak   (✿◠‿◠)
✿ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 881956 ]
✿ Contact No : 019-6687345
✿ Emel : siti.syakira@gmail.com
✿ Laman web: syakirarazak.blogspot.com
Facebook : Syakira RazakVitaminshop UmiBookshop Umi

Thursday, December 26, 2013

ESP Untuk Siapa?

Saya tertanya-tanya, masih ramaikah yang beranggapan ESP hanya untuk ibu menyusu sahaja? ESP sememangnya bagus untuk ibu menyusukan anak tapi ESP juga bermanfaat kepada ramai golongan. Jadi siapa yang perlukan ESP ya?

Monday, October 28, 2013

7 Manfaat Utama Shaklee Energizing Soy Protein Kepada Tubuh Kita

Teks: Syakira Razak
Foto: Shaklee

Hari ini saya nak kongsikan 7 manfaat utama Energizing Soy Protein (ESP) daripada Shaklee kepada tubuh badan kita. Sebelum itu mari kita ketahui serba sedikit tentang protein.

Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga meransang fugsi psikologi. Maka setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

Setiap satu kanister ESP dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama. Kacang soya yang digunakan pula hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah.

ESP menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Ianya sangat sesuai untuk semua peringkat umur, tua dan muda. Manakala kandungan Glisemik (G.I.) yang rendah menjadikannya sangat sesuai juga kepada penghidap kencing manis.


7 manfaat utama ESP:
  • Awet Muda : Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambt, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  • Baik untuk Hormon : kacang soya adalah satu-satunyatumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung. 
  • Baik untuk Prostat : Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaanyamengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat. 
  • Kulit Remaja : Meransang pembentukan semulajadi kulit dah otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan seri kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal Tenaga : Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.
  • Memperbaiki Pigmentasi : Memperbaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
  • Membaiki Memori : Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan. 
Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.


Anda boleh isi borang pesanan di sini untuk mendapatkan Shaklee Energizing Soy Protein.

Atau anda boleh SMS saya di 019-6687345 atau email kepada siti.syakira@gmail.com untuk maklumat lanjut.


Hubungi saya :
FB : Syakira RazakVitaminshop UmiBookshop Umi 
HP : 019-6687345
Email : siti.syakira@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...