Showing posts with label demam kuning. Show all posts
Showing posts with label demam kuning. Show all posts

Thursday, March 20, 2014

Set Mengandung, Set Berpantang, Set Penyusuan, Kulit Sensitif dan Demam Kuning Part 2

Kita bertemu lagi, bercerita mengenai pengalaman sebelum dan selepas perkenalan dengan Shaklee dalam Set Mengandung, Set Berpantang, Set Penyusuan, Kulit Sensitif dan Demam Kuning Part 2.

Saya terus menyusukan anak pertama saya (kita sebut Kakak lepas ni k.. :) walaupun membekalkan dia dengan susu tepung semasa dirumah pengasuh. Kakak ni boleh saya katakan sebagai my no.1 BF die-hard-fan. Dia tak pernah sukakan susu badan yang dipanaskan dalam botol. Mungkin juga sebab susu yang dipanaskan dah rosak, rasanya  terjejas dan dia tak mahu jika diberi dalam botol, selain Kakak selalu buang air besar 4-6x sehari (mujur doktor paed kata itu adalah biasa bagi bayi, cuma saya tak pasti sampai umur berapa kebiasaan itu.. **ku pening)

Namun semasa mengandung kali kedua, saya sukakan Shaklee, dan perlu makan Shaklee hari-hari.

Pemakanan harian saya tidak banyak berubah berbanding semasa mengandung kali pertama selain menambah suplemen Shaklee kepada diet saya. Saya mengambil Vitalea, B-complex, Vita-C, Ostematrix, ESP dan Omega. Alhamdulillah, masalah morning/evening/night sickness terkawal. Saya bukan lagi penghuni tetap surau di pejabat pada waktu kerja. Saya juga mampu menguruskan anak, rumah dan memasak walaupun sudah dihujung kehamilan (walaupun perlu buat sendiri).

Setelah bersalin, saya teruskan juga dengan Shaklee, kali ini menambah Zinc dan Alfalfa kepada senarai suplemen saya. Ditambah juga dengan Earth Mama Angel Baby Momma Bottom Balm, luka saya cepat sembuh dan saya cepat sihat. Tambahan pula saya minggu kedua dah boleh pakai seluar, hehehe. Anak kedua saya (kita sebut Adik pula lepas ni.. :) tiada masalah kuning seperti Kakaknya. Betapa leganya saya kerana tak perlu bimbang akan kemungkinan bacaan kuningnya melampau tinggi hingga perlu tukar darah (Kakak hampir kena tukar darah, adui susahnya hati masa tu, dah la duk hospital, luka jahitan sakit, anak tak sihat, namun ku gagahkan diri demi anak tersayang).

Kakak si-penyusu-tegar (yang tetap menyusu semasa saya mengandung walaupun susu amat-amat sedikit) kelihatan sangatlah gembira dengan susu yang sungguh meriah selepas kelahiran adik. Balik-balik Kakak, balik-balik Kakak yang menyusu. Adik tetap juga menyusu, tapi masa Adik tidur, Kakak tetap tak lepaskan peluang. Pantang Adik menyusu dia pun menempel juga, nak dimarah tak sampai hati walaupun mulut ni kadang kala membebel juga hehehe. Dan hingga sekarang Kakak masih menyusu, share dengan Adik yang dah faham nak menempel juga kalau Kakak minta susu walaupun dia baru lepas menyusu. Jeles la tu..


Eh dah panjang juga entri kali ni.. Kita sambung lain kali k. Last part. Nantikan..

Sama ada bwk adik atau bawak kakak, tetap mampu walaupun jalan berkilo2meter setiap hari. Thanks Shaklee!

*Bulan ni ada promo ESP. Nak cuba 1 pun boleh. SMS saya segera di 019-6687345.

Syakira Razak   (✿◠‿◠)
✿ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 881956 ]
✿ Contact No : 019-6687345
✿ Emel : siti.syakira@gmail.com
✿ Laman web: syakirarazak.blogspot.com
Facebook : Syakira RazakVitaminshop UmiBookshop Umi

Wednesday, March 12, 2014

Set Mengandung, Set Berpantang, Set Penyusuan, Kulit Sensitif dan Demam Kuning Part 1

Kali ini saya terpanggil untuk berkongsi kisah saya, anak-anak dan Shaklee. Ceritanya agak panjang walaupun sudah dipendekkan. Kita santai-santai ok..

Ketika mengandungkan anak yang pertama ni, saya masih belum kenal dengan Shaklee apetah lagi #ESP.

Semasa baru lahir, susu tiada dan anak kena kuning. Kuningnya betul-betul hilang di penghujung tempoh saya berpantang. Saya selalu kepenatan, cepat mengantuk dan badan terasa lemah. Pernah juga saya hampir demam ketika dalam pantang. Luka saya lambat pulih dan saya sangat takut nak bergerak. Dan yang paling menggerunkan, selepas 3-4 bulan saya masih termimpi-mimpikan saat saya dijahit luka bersalin.

Anak pertama saya, kulitnya sangat-sangat la sensitif. Tak usah kata kulit dalam lampinnya, kulit badannya selalu gatal-gatal. Itu pun saya sebagai mak yang menyusukannya berpantang dengan makanan dan macam-macam pantang lagi. Dulu semua tak boleh. Makanan laut tak boleh, makanan suspek gatal tak usik, ikan gatal-gatal, kacang,  haiwan pelik-pelik tak boleh dekat, habuk-habuk, kotor-kotor, eh macam-macam lagi la, semua tak boleh. Ingat lagi masa kecil, kulit kepalanya berkuping2, berair2 (cradle cap?) lama juga nak sembuh sampai mencari ubat sehingga ke Terengganu (masa tu bekerja di Johor) baru la ok.

Krim untuk kulitnya diguna selalu sehingga umurnya setahun lebih. Saya berhentikan/hadkan penggunaanny bila doktor pakar kanak-kanak yang sering kami kunjungi membalas pertanyaan saya berkenaan krim tersebut seperti berikut, "krimnya jernih? most probably steroid" Tersentap saya. Saya duk sapu kat anak saya steroid? Ya Allah, tak terkata saya ketika itu. Namun daripada kes itu, saya belajar, mencari alternatif daripada bahan kimia kepada bahan semulajadi untuk anak saya.

Dalam pada itu, sedih juga duk tengok orang makan sedap, saya duk berpantang je, apetah lagi anak saya. Tak payah nak cerita la kalau ramai yang kecil hati dengan saya-yang-semuanya-tak-boleh-ni. Daripada anak saya duk merengek, menangis gatal la, demam la, selesema la, ape lagi saya yang duk menjaganya, penat, stress, tapi demi anak tersayang, apa pun saya sanggup, biar la orang tak suka saya asalkan anak saya terjaga.

Walaupun saya menyusukan anak pertama saya dengan susu badan, namun dia sering sakit, boleh kata setiap bulan. Saya sentiasa susah hati namun anak adalah keutamaan saya. Saya syak dia begitu kerana susu badan yang saya bekalkan sudah rosak ketika proses memanaskannya oleh pengasuh anak saya ketika itu. Itu pun saya ketahui ketika umurnya hampir setahun, saya yang pulang kerja awal ke rumah pengasuh untuk mengambil anak. Pengasuh meminta saya menunggu dia memanaskan susu yang telah dikeluarkan sebelum itu dan saya mendapati caranya adalah sangat salah. Namun nasi sudah menjadi bubur, susu sudah menjadi rosak.

Walaupun saya dah terangkan berkali-kali nampaknya mesej saya tetap tak kesampaian. Alat pemanas yang saya pernah belikan juga dipulangkan. Tak mengapalah, itu kisah lama, kita perlu ke depan sahaja. Ini jadi peringatan buat saya dan juga ibu-ibu lain di luar sana juga. Setelah umur anak saya setahun lebih saya membekalkan anak saya dengan susu tepung. Anak saya menyusu terus hanya di rumah sahaja.

Hmm panjang pula cerita hati kali ni. Kita sambung di lain kali ya..
Sekian Bahagian 1. Kita sambung di Bahagian 2 pula.


Syakira Razak   (✿◠‿◠)
✿ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 881956 ]
✿ Contact No : 019-6687345
✿ Emel : siti.syakira@gmail.com
✿ Laman web: syakirarazak.blogspot.com
Facebook : Syakira RazakVitaminshop UmiBookshop Umi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...