Online Vitamin Outlet Kegemaran Anda dan Diari Harian Saya Bersama Anak. Anda juga boleh mendaftar untuk menyertai Kelas Asas Blog dan Mengiklankan Perniagaan / Servis Anda melalui saya.
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Wednesday, February 26, 2014
Kuih Keria Genit dan Teh-O Strawberry Cameron Highland
Sejak berhenti dari alam pekerjaan ni, saya ada banyak kesempatan untuk menambah skill masak campak-campak saya dan yang paling saya suka belajar buat manisan untuk minuman petang. Dan kali ini saya dapat cuba buat kuih keria genit untuk minum petang kami bersama teh-o strawberry didatangkan khas dari Cameron Highland.
Idea nak buat kuih keria ni datang sebab ada keledek manis baki dari bahan-bahan untuk buat Asyura beberapa hari lepas. Macam tak lalu pulak nak makan keledek rebus sahaja macam selalu.
Bahan-bahannya:
Ubi keledek - direbus dahulu
Tepung gandum
Gula
Air
Caranya senang sahaja. Macam biasa, saya jenis yang agak2 dan campak2 aje.
Mula-mula lenyekkan ubi keledek. Kemudian masukkan tepung gandum dan gaulkan sehingga sebati. Kalau ikut sukatan mak saya, setiap 2 sukatan keledek dicampurkan dengan 2 sukatan tepung gandum. Tambahkan air sekadar perlu.
Adunan tadi kemudiannya dibentukkan berupa donut kecil. Anda boleh ajak anak-anak turut serta. Anak saya suka aje, cuma perlu sedikit penerangan dahulu tentang kebersihan dan cara nak bentukkannya.
Dah siap semuanya, maka gorengkan kuih-kuih itu..
Kemudian tiba masa untuk menyalut kuih tadi dengan air gula. Masakkan gula. Setelah cair masukkan sedikit air panas. Perlu berhati-hati ketika memasukkan air panas, boleh mercik gula cair tadi! (Prinsipnya tak jauh beza dengan cara nak buat gula hangus tapi kita taknak hanguskan gula tu. ) Kemudian masukkan kuih keria yang dah digoreng tadi ke dalam air gula tadi dan gaul-gaulkannya hingga kering.
Jangan lupa teh-o berperisa strawberry dari Cameron Highland tadi. Untuk buat teh-o tu, gulanya perlu dikurangkan 1/2-1 sudu gula dari kebiaasan kita buat teh-o boh. Sebab saya rasa jika kuantiti gula yang digunakan adalah sama maka rasa teh CH tadi akan hilang dan yang banyakknya rasa manis gula je. Potong sungguh! ;)
Selesai semuanya maka bolehlah dihidangkan untuk minum petang.
Syakira Razak (✿◠‿◠)
✿ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 881956 ]
✿ Contact No : 019 668 7345
✿ Emel : siti.syakira@gmail.com
✿ Laman web: syakirarazak.blogspot.com
✿ Facebook : Syakira Razak , Vitaminshop Umi , Bookshop Umi
** Ini adalah entri yang dah agak lama saya peram. Feel free to comment! :)
Labels:
Kami & Kamu,
Resepi
Sunday, November 17, 2013
Pasta Bersos Asli daripada Adabi
Pagi ini saya kembali setelah seminggu menghilang.. Dan saya kembali dengan entry resepi yang mudah. Sangat menyenangkan kan.. Huhuhu.. Ini resepi cepat dan mudah untuk sarapan.
Ok bahan-bahannya..
Bawang putih
Bawang besar
Pasta spiral
Sosej cendawan
Sos pasta asli Adabi
Sedikit minyak
Cara memasaknya mudah.
Mula-mula potong bawang putih dan bawang besar, saya dadukan kedua-dua bawang ni. Kemudian potong serong dan nipis sosej cendawan. Rebus pasta spiral sehingga lembut. Angkat dan toskan airnya. Campurkan sedikit minyak masak kepada pasta supaya tidak melekat.
Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan sos pasta asli Adabi dan kacau seketika. Masukkan sosej dan kacau lagi. Bila sosej dah masak, masukkan pasta yang telah direbus tadi dan kacau sehingga sebati. Sekiranya perlu boleh tambah sedikit garam. Angkat dan hidangkan pada keluarga untuk sarapan di pagi hari ni.
Saya nasihatkan anda berhati-hati dengan jumlah minyak dan garam yang anda gunakan. Sekiranya sudah di tambah minyak dan garam semasa memasak pasta, mungkin anda boleh mengurangkan jumlah minyak dan garam semasa menumis. Kalau tidak boleh jadi berladung minyaknya dan pasta pula terasa sangat masin yang mana akan jadi pematah selera pula pada ahli keluarga yang dah siap sedia dengan sudu garfu kat meja makan. Hahaha kasihan..
Lagi pun kan bagus kalau masakan yang kita sediakan sekiranya tak dapat nak 'alami' semuanya, maka kita berhati-hati dari sudut lain seeperti pengurangan minyak/lemak, garam dan gula dalam masakan.
Jadi selamat mencuba untuk anda semua.
Untuk senarai harga dan produk Shaklee klik sini : Better Life Style
Email : siti.syakira@gmail.com

![]() |
| Walaupun simple amat tapi berbaloi memasaknya, habis.. Alhamdulillah |

Iklankan produk anda di sini : SOHO Directory
Bercita-cita untuk jadi Work-At-Home-Mom boleh klik sini : Akademi Bekerja Di Rumah
Or just simply get in touch with me :
Email : siti.syakira@gmail.com
SMS : 019-6687345
Facebook : Syakira Razak , Vitaminshop Umi , Bookshop Umi
Labels:
Kami & Kamu,
Resepi
Monday, November 11, 2013
Resepi Ayam Masak Kari Hijau Thai
Teks : Syakira Razak
Hari ni saya nak berkongsi resepi yang masih mengekalkan konsep yang sama, mudah dan sedap, insyaallah.. Kali ini kita masak Ayam Kari Hijau Thai.
Bahan-bahannya :
Ayam
Cili hijau
Bawang putih
Bawang merah
Lengkuas
Serai
Daun ketumbar
Kiub ayam
Air
Santan
Garam
Tomato
Awal mula, kisar cili hijau, bawang putih, bawang merah, serai dan daun ketumbar. Kemudian satukan ayam, bahan kisar dan air dan didihkan. Bila dah mendidih, masukkan santan, kiub ayam dan garam. Teruskan memasak hingga mendidih lagi atau sehingga ayam masak. Akhir skali masukkan tomato, kacau seketika dan tutup api.
Maka siap la Ayam Kari Hijau Thai untuk santapan anda sekeluarga. Mudah kan.. Jadi cubalah, jangan tak cuba.. Ciao!

Daftar Kelas Asas Blog dan Fanpage : Akademi Bekerja Di Rumah
Senarai produk Shaklee : Better Life Style
Or just simply get in touch with me :
Email : siti.syakira@gmail.com
SMS : 019-6687345
Facebook : Syakira Razak , Vitaminshop Umi , Bookshop Umi
Labels:
Kami & Kamu,
Resepi
Monday, November 4, 2013
Resepi Terung Masak Lemak Beserta Ikan Masin Talang Terengganu
Teks : Syakira Razak
Foto : Syakira Razak
Hari ni saya nak berkongsi resepi lagi. Resepi sayur terung masak lemak beserta ikan masin talang Terengganu, haa gitu.. Resepi kegemaran saya kebanyakannya jenis yang mudah dan campak-campak je. Tak perlu fikir beria-ia sangat. Salah satu sebabnya ialah saya tak berapa pandai masak tapi suka nak makan. Hehehe
Bahan-bahan :
Terung
Ikan masin talang Terengganu
Bawang besar
Santan
Asam keping
Garam
Caranya mudah sahaja. Potong terung dan bawang besar, saya guna terung bulat. Ikan masin dipotong-potong juga dan direndam dalam air seketika. Untuk masak lemak ni kita pakai bahagian tulang, kepala dan ekor ikan masin tersebut. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan renehkan atas api perlahan.
Sekiranya santan terlalu pekat bolehlah dicampur dengan sedikit air. Pastikan garamnya tidak la terlalu banyak sebab kita dah masukkan ikan masin. Kalau tidak mungkin anda sekeluarga boleh jadi darah tinggi tiba-tiba. ;) Bila dah cukup rasa masin dan masamnya maka boleh la dihidangkan. Makan dengan lauk ikan goreng pun dah sedap sangat la tu rasanya.
Saya menggunakan ikan masin talang terengganu ni sebab dibelikan oleh mak saudara yang balik ke sana. Memang sedap sebab ikannya ikan baru, jadi dagingnya tak ada la keras kejung mengalahkan papan pemotong kat dapur tu. Digoreng sahaja lagi la sedap, tidak terlalu masin dan sesuai dimakan dengan pulut sebagai sarapan pagi (ini pun kegemaran kami).
Kali ni saya dapat berkongsi gambarnya. Gambar diambil selepas semua siap makan. Perkara yang tak jadi kebiasaan ni memang besar kemungkinan kita akan lupa nak buat. Jadi kena ambil juga la sebagai latihan.
Klik sini untuk melihat senarai dan harga produk Shaklee.
Anda boleh isi borang pesanan di sini untuk mendapatkan produk Shaklee.
Atau anda boleh SMS saya di 019-6687345 atau email kepada siti.syakira@gmail.com untuk maklumat lanjut.
Hubungi saya :
FB : Syakira Razak , Vitaminshop Umi , Bookshop Umi
HP : 019-6687345

| Walaupun rupanya tak seberapa, tapi kalau anda peminat gulai lemak patut la mencubanya, berbaloi. |
Klik sini untuk melihat senarai dan harga produk Shaklee.
Anda boleh isi borang pesanan di sini untuk mendapatkan produk Shaklee.
Atau anda boleh SMS saya di 019-6687345 atau email kepada siti.syakira@gmail.com untuk maklumat lanjut.
Hubungi saya :
FB : Syakira Razak , Vitaminshop Umi , Bookshop Umi
HP : 019-6687345
Email : siti.syakira@gmail.com
Labels:
Kami & Kamu,
Resepi
Sunday, November 3, 2013
Resepi Ikan Siakap Stim Mudah dan Cepat
Teks : Syakira Razak
Foto : Google
Hmm hari ni saya nak berkongsi resepi ikan siakap stim yang mudah dan cepat dengan anda. Resepi ni memang sangat sesuai la untuk sesiap yang baru nak mua belajar masak, atau untuk ibu-ibu yang nak masakan cepat-siap-dan-sedap atau untuk sesiapa sahaja yang nak mencuba.
Bahan-bahan :
Ikan siakap
Bawang merah
Bawang putih
Serai
Halia
Cili api
Air perahan limau nipis
Kicap manis
Cara memasaknya mudah sahaja.
Mula-mula bersihkan ikan siakap anda dan kelar-kelarkan badannya. Kemudian potong/hiris nipis bawang putih, bawang merah, serai, halia dan cili api.
Letakkan ikan siakap anda dan semua bahan yang dihiris tadi ke dalam bekas yang muat dengan pengukus anda. Tuangkan air perahan limau nipis dan kicap ke atas ikan.
Kuantiti setiap bahan bergantung pada besar mana ikan anda dan setakat mana tekak anda suka pada rasa pedas, halia, masam dan manis tu.
Kemudian kukuskan ikan anda. Anda boleh juga menggunakan pemanggang ajaib untuk memasaknya. Dijamin mudah dan mengenyangkan.
Saya tak sempat nak snap gambar ikan siakap stim kami tu. Tak biasa snap2 gambar ni. Lepas-lepas ni kena prepare la dengan kamera bagai tiap kali nak memasak. Takut2 kamera dah siap, tukang masaknya pula lupa nak ambil gambar. Membazir betul.. huhuhu
Jadi ni gambar ehsan encik Google untuk tatapan mata dan tekak anda semua. ;)

Wednesday, October 30, 2013
Resepi Kek Gula Hangus Sedap, Ringan dan Gebu
Hmm dah lama rasanya saya tak bakar-membakar kek. Dulu-dulu paling suka buat kek "Choc Moist". Tapi kali ni saya nak berkongsi resepi kek gula hangus yang sedap, ringan dan bersarang comel. Resepi ni dapat dari kakak ipar saya, teruja perut ni tengok kek yang dia buat. Hihihi..
Bahan-bahan yang diperlukan untuk satu adunan adalah seperti berikut:
2 cawan gula (hanguskan dan masukkan 2 cwn air panas, kemudian sejukkan)
2 cawan gandum & sebungkus potas (diayak)
1cawan susu pekat
1cawan myk msk
5 biji telur
Cara-cara membuatnya pula InsyaAllah mudah sahaja.
Pertama sekali pukul telur. Kemudian masukkan susu & minyak, diikuti dengan memasukkan tepung & potas. Akhir sekali masukkan air gula hangus.
Bakar adunan pada suhu 170°C selama 1jam.
Haa mudah je kan.. Cubalah, kalau jadi share la gambarnya.. Saya doakan semua yang cuba resepi ni menjadi la kek nya. Kek saya jadi kek juga
(nasib tak jadi nasi lemak
) tapi tak dpt la saranghe yg comel2 tu.. huhuhu
** Maaf gambar gulai pula ku letak.. Gambar kek nya dh terdelete..
maaf zahir dan batin..
Syakira Razak
019-6687345

Subscribe to:
Posts (Atom)