Showing posts with label Testimoni. Show all posts
Showing posts with label Testimoni. Show all posts

Thursday, March 20, 2014

Set Mengandung, Set Berpantang, Set Penyusuan, Kulit Sensitif dan Demam Kuning Part 2

Kita bertemu lagi, bercerita mengenai pengalaman sebelum dan selepas perkenalan dengan Shaklee dalam Set Mengandung, Set Berpantang, Set Penyusuan, Kulit Sensitif dan Demam Kuning Part 2.

Saya terus menyusukan anak pertama saya (kita sebut Kakak lepas ni k.. :) walaupun membekalkan dia dengan susu tepung semasa dirumah pengasuh. Kakak ni boleh saya katakan sebagai my no.1 BF die-hard-fan. Dia tak pernah sukakan susu badan yang dipanaskan dalam botol. Mungkin juga sebab susu yang dipanaskan dah rosak, rasanya  terjejas dan dia tak mahu jika diberi dalam botol, selain Kakak selalu buang air besar 4-6x sehari (mujur doktor paed kata itu adalah biasa bagi bayi, cuma saya tak pasti sampai umur berapa kebiasaan itu.. **ku pening)

Namun semasa mengandung kali kedua, saya sukakan Shaklee, dan perlu makan Shaklee hari-hari.

Pemakanan harian saya tidak banyak berubah berbanding semasa mengandung kali pertama selain menambah suplemen Shaklee kepada diet saya. Saya mengambil Vitalea, B-complex, Vita-C, Ostematrix, ESP dan Omega. Alhamdulillah, masalah morning/evening/night sickness terkawal. Saya bukan lagi penghuni tetap surau di pejabat pada waktu kerja. Saya juga mampu menguruskan anak, rumah dan memasak walaupun sudah dihujung kehamilan (walaupun perlu buat sendiri).

Setelah bersalin, saya teruskan juga dengan Shaklee, kali ini menambah Zinc dan Alfalfa kepada senarai suplemen saya. Ditambah juga dengan Earth Mama Angel Baby Momma Bottom Balm, luka saya cepat sembuh dan saya cepat sihat. Tambahan pula saya minggu kedua dah boleh pakai seluar, hehehe. Anak kedua saya (kita sebut Adik pula lepas ni.. :) tiada masalah kuning seperti Kakaknya. Betapa leganya saya kerana tak perlu bimbang akan kemungkinan bacaan kuningnya melampau tinggi hingga perlu tukar darah (Kakak hampir kena tukar darah, adui susahnya hati masa tu, dah la duk hospital, luka jahitan sakit, anak tak sihat, namun ku gagahkan diri demi anak tersayang).

Kakak si-penyusu-tegar (yang tetap menyusu semasa saya mengandung walaupun susu amat-amat sedikit) kelihatan sangatlah gembira dengan susu yang sungguh meriah selepas kelahiran adik. Balik-balik Kakak, balik-balik Kakak yang menyusu. Adik tetap juga menyusu, tapi masa Adik tidur, Kakak tetap tak lepaskan peluang. Pantang Adik menyusu dia pun menempel juga, nak dimarah tak sampai hati walaupun mulut ni kadang kala membebel juga hehehe. Dan hingga sekarang Kakak masih menyusu, share dengan Adik yang dah faham nak menempel juga kalau Kakak minta susu walaupun dia baru lepas menyusu. Jeles la tu..


Eh dah panjang juga entri kali ni.. Kita sambung lain kali k. Last part. Nantikan..

Sama ada bwk adik atau bawak kakak, tetap mampu walaupun jalan berkilo2meter setiap hari. Thanks Shaklee!

*Bulan ni ada promo ESP. Nak cuba 1 pun boleh. SMS saya segera di 019-6687345.

Syakira Razak   (✿◠‿◠)
✿ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 881956 ]
✿ Contact No : 019-6687345
✿ Emel : siti.syakira@gmail.com
✿ Laman web: syakirarazak.blogspot.com
Facebook : Syakira RazakVitaminshop UmiBookshop Umi

Wednesday, March 12, 2014

Set Mengandung, Set Berpantang, Set Penyusuan, Kulit Sensitif dan Demam Kuning Part 1

Kali ini saya terpanggil untuk berkongsi kisah saya, anak-anak dan Shaklee. Ceritanya agak panjang walaupun sudah dipendekkan. Kita santai-santai ok..

Ketika mengandungkan anak yang pertama ni, saya masih belum kenal dengan Shaklee apetah lagi #ESP.

Semasa baru lahir, susu tiada dan anak kena kuning. Kuningnya betul-betul hilang di penghujung tempoh saya berpantang. Saya selalu kepenatan, cepat mengantuk dan badan terasa lemah. Pernah juga saya hampir demam ketika dalam pantang. Luka saya lambat pulih dan saya sangat takut nak bergerak. Dan yang paling menggerunkan, selepas 3-4 bulan saya masih termimpi-mimpikan saat saya dijahit luka bersalin.

Anak pertama saya, kulitnya sangat-sangat la sensitif. Tak usah kata kulit dalam lampinnya, kulit badannya selalu gatal-gatal. Itu pun saya sebagai mak yang menyusukannya berpantang dengan makanan dan macam-macam pantang lagi. Dulu semua tak boleh. Makanan laut tak boleh, makanan suspek gatal tak usik, ikan gatal-gatal, kacang,  haiwan pelik-pelik tak boleh dekat, habuk-habuk, kotor-kotor, eh macam-macam lagi la, semua tak boleh. Ingat lagi masa kecil, kulit kepalanya berkuping2, berair2 (cradle cap?) lama juga nak sembuh sampai mencari ubat sehingga ke Terengganu (masa tu bekerja di Johor) baru la ok.

Krim untuk kulitnya diguna selalu sehingga umurnya setahun lebih. Saya berhentikan/hadkan penggunaanny bila doktor pakar kanak-kanak yang sering kami kunjungi membalas pertanyaan saya berkenaan krim tersebut seperti berikut, "krimnya jernih? most probably steroid" Tersentap saya. Saya duk sapu kat anak saya steroid? Ya Allah, tak terkata saya ketika itu. Namun daripada kes itu, saya belajar, mencari alternatif daripada bahan kimia kepada bahan semulajadi untuk anak saya.

Dalam pada itu, sedih juga duk tengok orang makan sedap, saya duk berpantang je, apetah lagi anak saya. Tak payah nak cerita la kalau ramai yang kecil hati dengan saya-yang-semuanya-tak-boleh-ni. Daripada anak saya duk merengek, menangis gatal la, demam la, selesema la, ape lagi saya yang duk menjaganya, penat, stress, tapi demi anak tersayang, apa pun saya sanggup, biar la orang tak suka saya asalkan anak saya terjaga.

Walaupun saya menyusukan anak pertama saya dengan susu badan, namun dia sering sakit, boleh kata setiap bulan. Saya sentiasa susah hati namun anak adalah keutamaan saya. Saya syak dia begitu kerana susu badan yang saya bekalkan sudah rosak ketika proses memanaskannya oleh pengasuh anak saya ketika itu. Itu pun saya ketahui ketika umurnya hampir setahun, saya yang pulang kerja awal ke rumah pengasuh untuk mengambil anak. Pengasuh meminta saya menunggu dia memanaskan susu yang telah dikeluarkan sebelum itu dan saya mendapati caranya adalah sangat salah. Namun nasi sudah menjadi bubur, susu sudah menjadi rosak.

Walaupun saya dah terangkan berkali-kali nampaknya mesej saya tetap tak kesampaian. Alat pemanas yang saya pernah belikan juga dipulangkan. Tak mengapalah, itu kisah lama, kita perlu ke depan sahaja. Ini jadi peringatan buat saya dan juga ibu-ibu lain di luar sana juga. Setelah umur anak saya setahun lebih saya membekalkan anak saya dengan susu tepung. Anak saya menyusu terus hanya di rumah sahaja.

Hmm panjang pula cerita hati kali ni. Kita sambung di lain kali ya..
Sekian Bahagian 1. Kita sambung di Bahagian 2 pula.


Syakira Razak   (✿◠‿◠)
✿ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 881956 ]
✿ Contact No : 019-6687345
✿ Emel : siti.syakira@gmail.com
✿ Laman web: syakirarazak.blogspot.com
Facebook : Syakira RazakVitaminshop UmiBookshop Umi

Saturday, March 8, 2014

Cerita Basic-H, Demam dan Muntah

Ini pengalaman saya dengan Basic-H, my ALL-PURPOSE-SUPER-SAVER-CLEANER.

Tahun lepas, saya dan keluarga melancong secara bajet. Jadi kebanyakan barang yang dibawa haruslah jenis barang pelbagai guna dan minima sama ada dalam bentuk saiz atau penggunaan.

Salah satu yang saya tetap nak bawa adalah bekalan Basic-H saya. Tujuan utama adalah in case perlu basuh pakaian dan tak jumpa mana nak beli sabun basuh. Boleh juga pakai untuk buat banyak buih dalam bath tub untuk kanak-kanak ribena tu. Jadi saya pun tapau la satu Tupperware mini berisi Basic-H.

Nak jadi cerita, kakak demam dari penerbangan pergi sampai la ke hotel. Esok nya pun macam tak berapa sihat, jetlag mungkin sebab jadual kami ketat. Dia pula baru nak sesuaikan diri dengan makanan dan suasana tempat orang, so kurang pula makan dan minum. Dah bergendong pun macam tu juga, manja la katakan. Balik hotel malam tu kakak muntah. Pakaian kakak dan karpet hotel habis kena muntah. Bau muntah pun faham-faham aje la..

Tengah malam tu, selepas kanak-kanak dah tidur, saya pun mulakan keje. Mula-mula bilas kesan muntah pada pakaian. Basuh dengan sabun biasa tak hilang warna muntah dan masih berbau. Termenung sekejap, lambat pikap kannn.. hahaha.. Terus capai Basic-H dan campurkan setengah hingga satu sudu kecil Basic-H ke dalam takungan air bersih dalam sinki. Ku gosok 2,3 kali air jadi keruh sikit dan baju ceria kembali warnanya. Ooohhhhhhhhhhh gumbira rasa. Terus bilas baju lain2 dan tukar air lain untuk bilas semula. Sangat mujarab, kotor hilang, bau busuk pun hilang.

Kemudian teruskan pada karpet hotel pula. Air campuran Basic-H tadi di gosok ke karpet dan viola! Bau masam hilang dan tiada kesan kotor atau pencuci tinggal pada tempat muntah tu.

Saat tu cuma rasa bersyukur Allah temukan dengan Basic-H Shaklee ni. Tak perlu stress sangat time penat di perantauan orang over kesan muntah atau akibat kekurangan bilangan baju selesa untuk dipakai anak-anak. Ya Allah, terima kasih ya Allah..

Saya juga membasahkan tuala kecil untuk jerlum kepala anak yang demam-demam-manja sebelum tu. Alhamdulillah turun sikit panas badannya.



Ada baaaaaanyak lagi kegunaan Basic-H ni. Akan saya kongsikan di lain kali.

Harga retail 1 botol Basic-H ialah RM46 (Semenanjung) / RM49 (Sabah/Sarawak). Sebotol untuk pelbagai guna di rumah atau di mana-mana sahaja. Menjimatkan, semulajadi, selamat dan memuaskan hati.

Nak cuba? SMS 019-6687345 untuk pertanyaan.


Syakira Razak   (✿◠‿◠)
✿ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 881956 ]
✿ Contact No : 019 668 7345
✿ Emel : siti.syakira@gmail.com
✿ Laman web: syakirarazak.blogspot.com
Facebook : Syakira RazakVitaminshop UmiBookshop Umi

Saturday, December 21, 2013

Collagen Powder Shaklee Mengurangkan Kedut Bawah Mata

Testimoni lagi dari pengguna Collagen Powder Shaklee. Baru minum 5 peket dah nampak kesannya. Kalau pada pengguna tegar Collagen Powder Shaklee, pasti tulus mulus dan gebu agaknya..

Wednesday, December 11, 2013

Semakin "Fit" Dengan Vivix Shaklee

by Syakira Razak

Saya kongsikan testimoni daripada seorang pengguna Vivix yang berpuas hati dengan kesannya.Secara umunya, beliau telah pulih soft tissue injury di kaki, perut sedikit kempis, kembali aktif dan cergas.



Dengan pembelian Vivix Shaklee, anda akan dapat
Percuma kos penghantaran
Percuma pendaftaran ahli *

Nak FIT juga tak? Jom SMS 0196687345.

Anda boleh isi borang pesanan di sini untuk mendapatkan Vivix.

Atau anda boleh SMS kepada 019-6687345 atau email kepada siti.syakira@gmail.com untuk maklumat lanjut.

* bergantung pada terma dan syarat

Untuk senarai harga dan produk Shaklee sila klik sini : Better Life Style   
Iklankan produk anda di sini : SOHO Directory  
Bercita-cita untuk jadi Work-At-Home-Mom? Boleh klik sini :  Akademi Bekerja Di Rumah 

Email : siti.syakira@gmail.com  

SMS : 019-6687345 
Facebook : Syakira RazakVitaminshop UmiBookshop Umi

Saturday, November 23, 2013

Alfalfa Complex : Testimoni

by Syakira Razak

"Selain membantu membanyakkan susu badan saya, alfalfa juga membantu mengurangkan simptom resdung yang telah saya alami dari kecil lagi.

Saturday, November 2, 2013

Collagen Shaklee : Testimonial

Teks : Syakira Razak
Foto : Ayu, Pengguna Collagen Powder Shaklee.

Rasa teruja nak dapatkan Collagen Shaklee ni kan.. (^^,)

SMS <collagen> ke 019-6687345 segera. Selagi stok masih ada. Lalala...

Monday, September 30, 2013

Set Menyusu : Testimoni


"Dengan set menyusu Shaklee, kini saya mampu menyusukan kedua-dua anak saya dengan lebih tenang, yakin dan fokus untuk mencapai matlamat untuk menyusukan anak kedua saya sepenuhnya sehingga 2 tahun. Pengalaman kekurangan susu semasa anak pertama membuatkan saya lebih menghargai kesan baik daripada pengambilan set ini. Alhamdulillah."


Hubungi saya :
FB : Syakira RazakVitaminshop UmiBookshop Umi 
HP : 019-6687345
Email : siti.syakira@gmail.com

Friday, September 27, 2013

Ostematrix : Testimoni

"Saya selalu sakit-sakit badan dan sakit belakang terutamanya waktu terjaga dari tidur dan ketika menegakkanbadan dari posisi membongkok. Nak 'kalih'kan badan bila giliran kakak pula menyusu sakit sangat rasanya. Rasa nak menangis pun ada."

"Saya syak saya kekurangan kalsium sebab 2 tahun kebelakangan ini saya kurang sangat minum susu atau apa2 yang berkaitan dengan kalsium. Jadi saya menambahkan Ostematrix Shaklee dalam jadual pengambilan supplemen saya dan Alhamdulillah saya dapat rasakan perubahan sejak mengambilnya."

"Tiada lagi masalah nak membongkok mengutip mainan anak yang bersepah di lantai atau masalah untuk bangun malam lagi. Sangat berbaloi dengan harganya."


Hubungi saya :
FB : Syakira RazakVitaminshop UmiBookshop Umi 
HP : 019-6687345
Email : siti.syakira@gmail.com

Wednesday, September 18, 2013

Set kurus Shaklee buatkan paha tak berlaga lagik!!

Salam ceria dan bertenaga di pagi hari ni..
Saya rasa teruja nak cerita tentang kesan pengambilan set kurus shaklee.

Saya bermula dengan menambah lecithin dalam rutin pengambilan harian vitamin saya. Sebab saya mula semasa Ramadhan, maka saya mengurangkan jumlah pengambilan sesuai dengan rutin puasa kita. Untuk cara pengambilan nya boleh hubungi saya :)

Bermula dari minggu kedua puasa, saya mulakan dengan rutin tetap pengambilan lecithin dan alfalfa untuk tujuan tersebut. Saya tidak mengubah cara pemakanan biasa saya namun saya dapati ada perubahan pada diri saya.

Selepas 2 minggu, saya dapat rasakan badan ringan dan selera terkawal. Jika sebelum ni saya sentiasa rasa lapar dan tak puas2 makan, sekarang nasi dah tak bertambun atau bertambah2 makan. Keinginan pada dessert atau pemanis mulut pun seakan berkurangan.

Secara fizikal pula ukur lilit dada berkurang 1-2cm. Kaki saya yang besar dh kecil skit sbb seluar yg selama saya rasa tak selesa nak pakai dh terasa muat kembali. Kakak ipar saya pun merasakan yang sama dan komen dia yang paling saya tak boleh saya lupa ialah pahanya dah tak berlaga lagi kalau berjalan ;)
Dan di hari raya pertama kami timbang berat berjemaah (termasuk yang tak join program turunkan berat badan dengan sihat ni) dan purata berat badan turun sebanyak ±3kg. Hmmm agak menakjubkan. Puasa dan set slimming shaklee berjaya menurunkan berat badan saya yang jenis bulat tegar ni hehehe..

Namun usaha saya tetap akan diteruskan lagi demi badan yang sihat dan cergas.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai saga saya untuk turun berat badan secara alami dan sihat, hubungi
saya di siti.syakira@gmail.com atau pm saya di 019-6687345.

💚
Syakira Razak
0196687345
siti.syakira@gmail.com

Testimoni Kelas Asas Blog & Fanpage

Assalamualaikum dan salam ceria.

Haa bersemangat gitu kan.. Pagi ni saya nak berkongsi ceritakan tentang Kelas Asas Blog dan Fanpage yang saya sertai sejak hujung Julai yang lepas. Begini ceritanya..... (eecehhh)

Asalnya saya ni seorang yang agak maju dalam bab-bab PC dan IT ni masa dolu-dolu. Saya ada famili yang suka gajet dan ada kawan-kawan yang mahir komputer dan pelbagai ni. Jadi macam minyak wangi juga, sedikit sebanyak ilmu-ilmu tu terpalit pada saya. Namun sejak saya bekerja, saya seolah-olah berada dalam dunia yang terasing dan ilmu yang saya penah tau tidak berkembang lagi seiring dengan arus semasa.

Saya pernah dikenalkan dengan blog oleh kakak ipar saya yang baik hati. Dia buatkan saya satu blog untuk menjual baju bayi dan minta saya teruskan sahaja. Saya mencuba untuk beberapa kali, dan meneruskannya untuk seketika tapi ilmu saya cuma sampai situ sahaja. Saya cuba menjadikannya seperti blog-blog cantik lain tapi itulah dia nya, harapan tinggi dan kurang atau tiada ilmu mungkin hanya akan jadi impian. Kemudian blog itu tinggal blog sahaja. Saya pun dah tak ingat namanya (ampunnn kak ma... :)

Namun selama setahun atau lebih (sebelum saya berhenti kerja) saya telah mula berminat semula untuk mempunyai blog sendiri. Walaupun banyak rintangan saya tetap juga dengan impian saya untuk bergelar WAHM/SAHM/SOHO dengan berblogging. Namun usaha tanpa ilmu dan perancangan yang sebetul-betulnya tidak menjanjikan impian tertunai sepenuhnya. Usaha demi usaha belajar membuat blog sendiri dengan hanya merujuk pada nota online dan melalui carian Google nyata tidak sesuai dengan saya yang agak lambat menyerap ilmu nih. (huhuhu saya mengaku dan mengaku..)


Dipendekkan cerita (mungkin saya perlu buat entri lain untuk kisah hidup saya yang nyata tersasar dari tajuk di atas, panjang sangat hehehe), setelah mendaftar dengan untuk menyertai Kelas Asas Blog, Fan Page dan Dropship, saya merasakan tekanan untuk mendalami ilmu berblogging makin berkurangan dengan adanya kelas yang sangat fleksibel ini.

Apa yang seronoknya menyertai kelas ini?

1. Matlamat lebih tertumpu - mudahnya menyerap ilmu melalui kelas ni, tidaklah tersasar-sasar seperti belajar dengan encik Google. Tekanan tau belajar buat blog macam tu, kadang tu setengah hari mencuba satu langkah yang mudah tapi peratusan menjadinya tak banyak untuk saya. Jadi dengan adanya kelas ni, saya boleh la menumpukan sepenuh perhatian saya yang selalu sangat teralih ni pada matlamat utama saya iaitu Menjana Wang Dari Rumah.

2. Masa pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel - kelas ni sentiasa berjalan secara online 24 jam 7 hari seminggu. Nota dan ilmu akan dikongsikan melalui satu kelas khas. Bila-bila masa sahaja ada pertanyaan, pendapat, cadangan, anda hanya perlu utarakan sahaja. Namun harus difahami, guru tidaklah duduk menunggu di hadapan komputer menunggu anda sahaja kerana seperti anda dia juga seorang WAHM, famili pasti ditangga teratas.

3. Guru yang fleksibel - guru online yang baik hati dan fleksibel. Walau bagaimanapun anda, dia tetap bersedia dengan jawapan dan sentiasa mengingatkan andai anda terleka.

4. Rakan kelas yang baik hati - saya mengaku saya adalah seorang silent reader. Saya jarang 'membuka mulut/mengomen/menulis' kerana sangat jarang saya mempunyai ilham untuk menulis walaupun sedikit. (tapi kadang2 tu ada ilham dan dah taip panjang, bila fikir macam tak sesuai, saya padam pula.. duhhh hahaha) Namun rakan sekelas yang murah hati banyak juga berkongsi ilmu dan membantu dalam menimbulkan idea dalam diam-diam saya membaca tu.. (terima kasih semua! :)

5. Pembelajaran yang mudah - saya seorang yang agak lambat menyerap ilmu. Saya cepat membaca tapi untuk menyerap apa yang dibaca saya perlu baca berkali-kali, saya perlu cuba buat dan yang paling relevan dengan kelas ini ialah saya perlu bertanya (kalau bertanya saya lebih cepat faham, kalau tak tanya otak rasa tersekat). Dengan ada nya cikgu Zaila saya ni, saya ada tempat untuk bertanya. Walaupun soalannya sangat remeh, beliau sedia membantu.

Pembelajaran saya tidak semudah mana, namun kelas ini benar-benar membantu saya. Kala saya terleka dengan urusan famili, guru yang kembali menyapa bertanyakan khabar mambawa saya kembali kepada matlamat saya. Dan yang paling seronok, saya masih boleh kekal dalam kumpulan ini dan berkongsi ilmu yang tiada sempadan ini walaupun telah tamat semua tugasan wajib. Semoga ini menjadi titik mula untuk saya lebih fokus dengan matlamat-matlamat yang tertampal di dinding itu.

Kelas Asas Blog, Fanpage dan Dropship ini sangat berbaloi dengan harga yang saya bayar. Yang paling penting saya 'nampak' hasilnya.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai kami, anda boleh hubungi saya di siti.syakira@gmail.com atau pm saya di 0196687345.

Jemput juga sertai saya di :

FB: Syakira.Razak
Fanpage: Vitaminshop Umi, Bookshop Umi
Email: siti.syakira@gmail.com
HP: 0196687345

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...