Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts

Thursday, March 20, 2014

Set Mengandung, Set Berpantang, Set Penyusuan, Kulit Sensitif dan Demam Kuning Part 2

Kita bertemu lagi, bercerita mengenai pengalaman sebelum dan selepas perkenalan dengan Shaklee dalam Set Mengandung, Set Berpantang, Set Penyusuan, Kulit Sensitif dan Demam Kuning Part 2.

Saya terus menyusukan anak pertama saya (kita sebut Kakak lepas ni k.. :) walaupun membekalkan dia dengan susu tepung semasa dirumah pengasuh. Kakak ni boleh saya katakan sebagai my no.1 BF die-hard-fan. Dia tak pernah sukakan susu badan yang dipanaskan dalam botol. Mungkin juga sebab susu yang dipanaskan dah rosak, rasanya  terjejas dan dia tak mahu jika diberi dalam botol, selain Kakak selalu buang air besar 4-6x sehari (mujur doktor paed kata itu adalah biasa bagi bayi, cuma saya tak pasti sampai umur berapa kebiasaan itu.. **ku pening)

Namun semasa mengandung kali kedua, saya sukakan Shaklee, dan perlu makan Shaklee hari-hari.

Pemakanan harian saya tidak banyak berubah berbanding semasa mengandung kali pertama selain menambah suplemen Shaklee kepada diet saya. Saya mengambil Vitalea, B-complex, Vita-C, Ostematrix, ESP dan Omega. Alhamdulillah, masalah morning/evening/night sickness terkawal. Saya bukan lagi penghuni tetap surau di pejabat pada waktu kerja. Saya juga mampu menguruskan anak, rumah dan memasak walaupun sudah dihujung kehamilan (walaupun perlu buat sendiri).

Setelah bersalin, saya teruskan juga dengan Shaklee, kali ini menambah Zinc dan Alfalfa kepada senarai suplemen saya. Ditambah juga dengan Earth Mama Angel Baby Momma Bottom Balm, luka saya cepat sembuh dan saya cepat sihat. Tambahan pula saya minggu kedua dah boleh pakai seluar, hehehe. Anak kedua saya (kita sebut Adik pula lepas ni.. :) tiada masalah kuning seperti Kakaknya. Betapa leganya saya kerana tak perlu bimbang akan kemungkinan bacaan kuningnya melampau tinggi hingga perlu tukar darah (Kakak hampir kena tukar darah, adui susahnya hati masa tu, dah la duk hospital, luka jahitan sakit, anak tak sihat, namun ku gagahkan diri demi anak tersayang).

Kakak si-penyusu-tegar (yang tetap menyusu semasa saya mengandung walaupun susu amat-amat sedikit) kelihatan sangatlah gembira dengan susu yang sungguh meriah selepas kelahiran adik. Balik-balik Kakak, balik-balik Kakak yang menyusu. Adik tetap juga menyusu, tapi masa Adik tidur, Kakak tetap tak lepaskan peluang. Pantang Adik menyusu dia pun menempel juga, nak dimarah tak sampai hati walaupun mulut ni kadang kala membebel juga hehehe. Dan hingga sekarang Kakak masih menyusu, share dengan Adik yang dah faham nak menempel juga kalau Kakak minta susu walaupun dia baru lepas menyusu. Jeles la tu..


Eh dah panjang juga entri kali ni.. Kita sambung lain kali k. Last part. Nantikan..

Sama ada bwk adik atau bawak kakak, tetap mampu walaupun jalan berkilo2meter setiap hari. Thanks Shaklee!

*Bulan ni ada promo ESP. Nak cuba 1 pun boleh. SMS saya segera di 019-6687345.

Syakira Razak   (✿◠‿◠)
✿ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 881956 ]
✿ Contact No : 019-6687345
✿ Emel : siti.syakira@gmail.com
✿ Laman web: syakirarazak.blogspot.com
Facebook : Syakira RazakVitaminshop UmiBookshop Umi

Sunday, January 5, 2014

Sarapan Anda Kurang Berkhasiat dan Kurang Menghasilkan Tenaga?

Anda selalu tinggalkan sarapan anda? Yelah, nak kena siapkan anak-anak ke sekolah, kemas rumah sikit sebelum ke tempat kerja, kena masuk ofis awal, jem di tengah jalan dan macam-macam lagi masalah yang mengundang kepada kesuntukan masa untuk anda bersarapan sama ada di rumah atau di tempat kerja. Macam mana la nak dapatkan sarapan yang berkhasiat macam dan bertenaga. Sarapan buat mengantuk banyak la.. hehehe (adakah ini pengalaman diriku yang pernah bekerja dahulu?? huhuhu)


Friday, October 25, 2013

Khasiat Yang Perlu Ada Dalam Diet Bayi Dari Umur 6 Bulan dan Ke Atas

Foto: Google

Baru-baru ini saya berhadapan dengan sedikit masalah. Saya kebuntuan nak menyediakan makanan untuk Adik Zakiah. Berlainan daripada kakaknya yang makan bubur (makanan utama) hingga hampir setahun (atau lebih), Adik dah tak mahu buka mulut kalau saya suapkan bubur. Siap geleng kepala pulak tu. Akhirnya Umi nya pula yang geleng kepala memikirkan apa yang nak disediakan untuk si kecik sorang tu.

Jadi kali ni saya nak berkongsi artikel tentang apa yang perlu para ibu pastikan ada dalam diet bayi yang berumur 6 bulan dan ke atas. Bayi pada umur ini juga memerlukan pemakanan yang seimbang seperti orang dewasa. Jom kita tinjau apa yang amat diperlukan mereka untuk memastikan mereka senyum seperti bayi di bawah pada kebanyakan masa mereka berjaga.


1. Karbohidrat :
  • Membekalkan tenaga dan penting untuk tumbesaran yang sihat. Mereka memerlukan karbohidrat kompleks dan karbohidrat ringkas.
  • Contoh karbohidrat komplek : kentang, pasta, nasi, roti, bijirin penuh, pisang.
  • Contoh karbohidrat ringkas : gula semulajadi (daripada buah dan sayuran), gula yang ditapis (biskut, coklat, kek).
2. Protein :
  • Membina dan meperbaiki tisu-tisu tubuh. Protein boleh didapati daripada haiwan dan sayuran.
  • Contoh protein dari sumber haiwan :  daging, ikan, ayam, telur dan produk tenusu (keju, yogurt, susu).
  • Contoh protein dari sumber sayuran : kekacang dan bijian, lentil, roti, kacang kuda, kacang panggang.
3. Sumber vitamin :
  • Penting untuk proses badan. Membantu tubuh menyerap makanandan menggunakan vitamin secara optima untuk meningkatkan sistem imun.
  • Boleh diperolehi daripada pelbagai sumber terutama dalam sayuran berdaun dan buah-buahan.
  • Vitamin larut lemak : vitamin A, D, E, K (boleh disimpan oleh tubuh)
  • Vitamin larut air : vitamin B, C (tidak boleh disimpan oleh tubuh, jadi bayi perlu mengambil sumber vitamin ini setiap hari)
4. Sumber mineral :
  • Tubuh memerlukan mineral yang berbeza untuk membantu pelbagai proses tubuh. Mineral yang amat penting untuk bayi pada usia ini adalah zat besi dan kalsium.
  • Mereka memerlukan banyak zat besi untuk tumbesaran dan pembinaan hemoglobin darah.
  • Contoh sumber zat besi : daging merah, ayam, kuning telur,  buah-buahan kering, roti bijirin penuh, minyak ikan, dan bijirin yang diperkaya dengan zat besi.
  • Dan mereka juga amat memerlukan kalsium untuk tulangn dan gigi yang sihat dan kuat. 
  • Contoh sumber kalsium : sayuran berdaun hijau, avocado, biji gajus dan kacang brazil.
5. Air :
  • Dua pertiga berat bayi adalah dari air dan merupakan bahagian penting pada keseluruhan sel-sel tubuh.
  • Ini terutamanya apabila anda mula dalam fasa menceraikan susus badan dan mula memberikan makanan pejal, pemberian air putih kepada mereka adalah sangat penting.
Semoga dengan sedikit perkongsian di atas, kita dapat menyediakan menu yang berkhasiat untuk bayi kita setiap hari bagi menyokong tumbesaran bayi yang sihat.

***Hmmm, Umi nak masak apa ye utk kanak-kanak kat umah ni hari ni. Umi harap kanak-kanak akan senyum macam member mereka kat atas tadi selepas makan.. Hehehe


Anda boleh isi borang pesanan di sini untuk mendapatkan produk-produk Shaklee.

Atau anda boleh SMS saya di 019-6687345 atau email kepada siti.syakira@gmail.com untuk maklumat lanjut.


Hubungi saya :
FB : Syakira RazakVitaminshop UmiBookshop Umi 
HP : 019-6687345
Email : siti.syakira@gmail.com

Saturday, October 5, 2013

Berdiet dengan Shaklee; Beza Shaklee dengan Herbalife

Sumber : Mommy Lyna

Ramai yang menghubungi saya untuk mencuba set kurus badan Shaklee, dan soalan yang biasa ditanya ialah “Apa beza Shaklee dengan Herbalife?”

Secara umumnya produk Herbalife dan Shaklee memiliki fungsi yang lebih kurang sama – untuk membekalkan nutrisi semasa anda berdiet. Produk-produk ni BUKAN UBAT KURUS, yang mana kalau makan ni je tak payah buat apa-apa, pasti kurus! Tidak samasekali.
Ramai juga yang berpendapat, kalau ambil produk Shaklee pun kena bersenam, kena jaga kesihatan, kena jaga makan.. baik tak payah ambil.

….. Memang betul! Betul sangat kalau anda boleh melakukan benda di atas dan bekalkan nutrisi terbaik pada tubuh supaya sel otot kita tak rosak, tak perlu ambil pun apa2 produk Shaklee.

Namun, kebanyakan orang bila nak kurus, program ‘diet’ yang diikuti adalah program yang salah dan merosakkan diri. Maka terhasillah kesan yo-yo, yang mana akan jadi macam ni:-
“Bila diet cepat kurus tapi bila makan macam biasa, badan terus naik”

Tahukah anda keadaan itu adalah disebabkan oleh otot yang rosak akibat kekurangan protein semasa berdiet.

Diet dengan kurangkan makan sebenarnya bukan satu hal yang baik jika tiada meal plan yang betul.
Kurangkan –> kalori. Tapi protein kena makan dengan had yang mencukupi. Kalau protein kurang, otot mudah rosak. Bila otot rosak, pembakaran lemak tak jadi berkesan. berat badan turun kerana berat otot yang makin slim, tapi lemak masih banyak. Sebab tu lah bila makan banyak sikit, badan naik balik.
Jadi kena faham konsep makanan kesihatan untuk diet ni. Shaklee bukan ubat kurus. Tapi membantu tubuh kita untuk buang lemak, detox dan bina otot yang sihat.
Bila otot sihat, kita bersenam pun otot tak mudah tercedera.



Anda boleh isi borang pesanan di sini untuk mendapatkan set slimming Shaklee yang sesuai dengan anda.

Atau anda boleh SMS saya di 019-6687345 atau email kepada siti.syakira@gmail.com untuk maklumat lanjut.


Hubungi saya :
FB : Syakira RazakVitaminshop UmiBookshop Umi 
HP : 019-6687345
Email : siti.syakira@gmail.com

Thursday, October 3, 2013

Supplemen dan Krisis Pemulihan

Sesetengah individu akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil supplemen.

Ia akan kelihatan seperti penyakit baru muncul, hakikatnya ia adalah tindakbalas oleh tubuh yang sebelum ini kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan. Ia juga disebabkan oleh timbunan toksin dalam badan kita termasuk gaya hidup kurang sihat yang pernah kita amalkan. Supplemen yang diambil membantu meningkatkan sistem imun tubuh, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ kita.

Bergantung pada badan seseorang tersebut, jangkamasa krisis pemulihan ini mungkin akan berhenti selepas beberapa hari. Namun bagi tubuh yang lemah akan mengambil masa yang agak lama untuk pulih. Simptom-simptom juga berbeza mengikut individu. Pening, lesu, sakit kepala, berpeluh, kencing yang keruh dan cirit-birit adalah contoh simptom.

Jadi semasa krisis pemulihan ini berlangsung, kita disarankan meminum banyak air bersih, rehat secukupnya dan menambah kuantiti sayuran dan buahan dalam diet kita.

Air bersih tersangatlah penting

Sayuran jangan dilupakan

Yang penting sekali sentiasa lah memohon pertolongan dan berdoa kepada Allah kerana sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik penyelamat.

Anda boleh isi borang pesanan di sini untuk mendapatkan set vitamin Shaklee yang sesuai dengan anda.

Atau anda boleh SMS saya di 019-6687345 atau email kepada siti.syakira@gmail.com untuk maklumat lanjut.




Hubungi saya :
FB : Syakira RazakVitaminshop UmiBookshop Umi 
HP : 019-6687345
Email : siti.syakira@gmail.com

Wednesday, September 25, 2013

Ostematrix Atasi Masalah Kekurangan Kalsium dalam Diet Anda

Besar kemungkinan anda perlukan tablet senang telan lagi semulajadi ini sekiranya anda:

  • Selalu rasa lenguh-lenguh badan
  • Sakit pinggang lebih-lebih lagi semasa nak tegakkan badan selepas membongkok
  • Sukar buang air besar 
  • Sakit belakang dan menyalahkan tilam
  • Menyusukan anak
  • Kurang pengambilan kalsium harian
  • Selalu kebas-kebas kaki
  • Aktif bersukan, menari, berjalan ke opis dan menguruskan rumahtangga
dan macam-macam lagi alasan untuk anda menambah khasiat kalsium semulajadi dalam diet harian anda, worry-free dan money-friendly.


 Ostematrix dari Shaklee mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zink, kuprum, manganes dan boron. Ia dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. 


Manfaat utamanya ialah: 
  • Menguatkan tulang
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
  • Memperbaiki masalah haid
  • Meringankan stres
  • Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik
Anda boleh SMS saya @ 019-6687345 atau email ke siti.syakira@gmail.com untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai vitamin semulajadi Shaklee.


Dunia online saya :
FB : Syakira RazakVitaminshop UmiBookshop Umi 
HP : 019-6687345
Email : siti.syakira@gmail.com

Monday, September 23, 2013

7 Sebab Mengapa Badan Kita Memerlukan Supplemen

Jom intai sebab-sebabnya..

  1. Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.
  2. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayur tersebut. 
  3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.
  4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak kolesterol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh. 
  5. Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.
  6. Gaya hidup dan trend masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.
  7. Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.
Jadi tak salah melabur sedikit dengan Shaklee untuk kesihatan berpanjangan.



Anda boleh SMS saya @ 019-6687345 atau email ke siti.syakira@gmail.com untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai vitamin semulajadi Shaklee.


Dunia online saya :
FB : Syakira RazakVitaminshop UmiBookshop Umi 
HP : 019-6687345
Email : siti.syakira@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...