Tuesday, August 6, 2013

Umbut kelapa

As salam semua..

Ini kali pertama saya menulis di blog ini. Saya masih belajar menulis, jadi andai ada salah dan silap harap tunjuk ajar dan jika bagus kita raikan bersama. (^_^)

Eh macam lari dari tajuk lak kan.. hehehe ini kisahnya............

Semalam abang ngah saya sekeluarga yang bekerja di Johor telah pulang untuk berhari raya bersama di Kuantan.

Salah satu barang buah tangan yang dibawa adalah umbut kelapa. Dan kami baru saja selesai me'masak-lemak'kannya sebagai juadah berbuka petang ni.

Senang je nak buat masak lemak ni kan.. Saya yang amatur ni pun boleh apetah lagi anda..  :) Rebus je semua bahan di bawah dengan api perlahan.

Bawang merah dihiris
2 kotak kecil santan
Segenggam ikan bilis dibuang perut
Daun kunyit
Sedikit kerisik
Umbut sebatang dipotong dan direbus terlebih dahulu sampai empuk dan ditapis
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Hmm tak sabar rasa nk berbuka dengan umbut masak lemak, ikan talapia goreng dan telur masak sambal.
Tambah pula kembar abang saya pun akan datang juga untuk berbuka bersama. Riuh la (=bersepahan dan penuh jerit pekik serta tangisan huhuhu) rumah ni dengan budak2 nanti.

Semoga ukhuwah antara kami akan sentiasa terjalin erat dan ikhlas kerana Allah swt..

2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    selamat hari raya buat Syakira sekeluarga, mohon ampun & maaf andai terkasar bahasa sepanjang perkenalan kita:)

    teruskan berblog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya juga buat Zaila. Mohon ampun juga andai ada salah dan silap selama berguru dengan Zaila. Banyak lagi nak belajar ni. Terima kasih cekgu.. :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...