Sunday, September 8, 2013

7 Tips Jimatkan Minyak

Assalamualaikum..

Semenjak harga minyak dinaikkan, RON 95 naik 20 sen (RM2.10), diesel naik 20 sen (RM2) dan terbaru harga minyak RON 97 naik 15 sen (RM2.85), rakyat Malaysia terutamanya yang berpendapatan sederhana dan kebawah menjadi tak keruan. Ini pendapat saya sahaja. Namun saya pasti ramai yang bersetuju melainkan anda sefamili sememangnya menggunakan kenderaan bebas petrol seperti contoh basikal atau beca saban hari. Jadi dikongsikan sedikit tips penjimatan minyak untuk kita semua. Semoga bermanfaat.


Credit to Umar Taib

1. Penuhkan minyak
Apabila tangki minyak penuh, ruang untuk udara menjadi kurang. Minyak meruap dengan pantas. Isi minyak dengan perlahan. Jangan tekan nozzle tu kuat sangat. Minyak yang bercampur dengan udara akan lebih cepat terbakar.

2. Kurangkan laju
Bawa dengan kelajuan yang konsisten. Kalau 70, cuba kekal 70 saja. Jangan tekan minyak selalu secara mendadak.

3. Tayar
Bila kita gunakan tayar yang saiznya lebih lebar, lebih minyak akan digunakan. Ini kerana lebih tenaga diperlukan untuk menggolek rintangan tayar yang lebar.

4. Letakkan kereta di tempat teduh
Kereta akan mudah kembali sejuk selepas kita mulakan pemanduan.

5. Angin tayar
Selalu periksa angin tayar. Kapisiti angin yang betul akan melancarkan putaran tayar dan mengurangkan penggunaan minyak.

6. Kurangkan beban
Bersihkan kereta. Apa saja barang yang tak diperlukan keluarkan daripada kereta. Tahukah Syakira beban sebanyak 50 kg akan menggunakan 2% minyak?

7. Naik basikal
Anda akan lebih sihat dan cun.. hehe!

Kongsikan tips jimat minyak ini kepada rakan dan keluarga anda. Walaupun tipsnya mudah, tapi akan memberi kesan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...