Sunday, November 3, 2013

Resepi Ikan Siakap Stim Mudah dan Cepat

Teks : Syakira Razak
Foto : Google

Hmm hari ni saya nak berkongsi resepi ikan siakap stim yang mudah dan cepat dengan anda. Resepi ni memang sangat sesuai la untuk sesiap yang baru nak mua belajar masak, atau untuk ibu-ibu yang nak masakan cepat-siap-dan-sedap atau untuk sesiapa sahaja yang nak mencuba.

Bahan-bahan :

Ikan siakap
Bawang merah
Bawang putih
Serai
Halia
Cili api 
Air perahan limau nipis

Kicap manis

Cara memasaknya mudah sahaja.

Mula-mula bersihkan ikan siakap anda dan kelar-kelarkan badannya. Kemudian potong/hiris nipis bawang putih, bawang merah, serai, halia dan cili api.

Letakkan ikan siakap anda dan semua bahan yang dihiris tadi ke dalam bekas yang muat dengan pengukus anda. Tuangkan air perahan limau nipis dan kicap ke atas ikan.

Kuantiti setiap bahan bergantung pada besar mana ikan anda dan setakat mana tekak anda suka pada rasa pedas, halia, masam dan manis tu.

Kemudian kukuskan ikan anda. Anda boleh juga menggunakan pemanggang ajaib untuk memasaknya. Dijamin mudah dan mengenyangkan.

Saya tak sempat nak snap gambar ikan siakap stim kami tu. Tak biasa snap2 gambar ni. Lepas-lepas ni kena prepare la dengan kamera bagai tiap kali nak memasak. Takut2 kamera dah siap, tukang masaknya pula lupa nak ambil gambar. Membazir betul.. huhuhu

Jadi ni gambar ehsan encik Google untuk tatapan mata dan tekak anda semua. ;)




Anda boleh isi borang pesanan di sini untuk mendapatkan produk Shaklee.

Atau anda boleh SMS saya di 019-6687345 atau email kepada siti.syakira@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Hubungi saya :
FB : Syakira RazakVitaminshop UmiBookshop Umi 
HP : 019-6687345
Email : siti.syakira@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...