Tuesday, December 10, 2013

Omega Untuk Bayi dan Kanak-Kanak Membesar dengan Sihat

Bersempena dengan promosi Omega Guard Shaklee bagi bulan Disember 2013, saya nak berkongsi sedikit info berkenaan manfaat Omega untuk bayi dan kanak-kanak.

Omega bermanfaat  bagi bayi dan anak, kerana mengandungi lemak DHA. Pada tubuh kita, DHA paling banyak ditemui pada otak dan mata. Maka tidak hairanlah bila penelitian telah membuktikan bahawa manfaat Omega yang terbesar adalah untuk perkembangan otak dan mata bayi.
Seiring dengan perkembangan waktu, penelitian lebih lanjut membuktikan beberapa manfaat Omega lainnya. Ibu yang kadar DHA dalam darahnya tinggi, memiliki anak yang lebih baik dalam kemampuan pancaindera, kognitif dan gerak motorik. Bayi dengan Omega yang cukup, memiliki kemajuan sekitar 2 bulan lebih awal dibandingkan bayi yang kurang Omega. Mereka respon dengan lebih baik dalam ujian kepekaan yang dilakukan pada usia 6 bulan, serta memiliki kemampuan belajar visual yang lebih baik ketika berusia 1-2 tahun.

Apa lagi manfaat Omega?

Beberapa manfaat Omega yang lain adalah:
  • Mengurangkan risiko kelahiran prematur
  • Meningkatkan kemampuan anak dalam belajar membaca
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung di kemudian hari
Penelitian lain juga membuktikan ibu yang konsisten dan cukup pengambilan Omega berisiko lebih rendah terkena postpartum syndrome, iaitu perubahan mood yang terjadi setelah melahirkan. Mereka juga akan lebih cepat pulih semasa berpantang.

Bila Omega diperlukan?

Bagi ibu hamil, Omega sangat diperlukan pada trimester ketiga. Mengapa? Kerana pada masa inilah berat otak bayi di dalam rahim berkembang pesat menjadi 2 ½ kali ganda daripada sebelumnya. Setelah bayi lahir, otak akan terus berkembang menjadi 1 ¾ kali ganda ketika memasuki usia 1 tahun, dan perkembangan terus berlanjutan hingga usia 2 tahun. Jadi, pengambilan Omega sangat penting sejak trimester ketiga sehingga bayi berusia 2 tahun. Namun ia juga tidak sekadar sampai di situ, Omega juga bermanfaat untuk anak 2 tahun dan ke atas.

Makanan yang mengandung Omega

Karena besarnya manfaat Omega ini, adalah dianjurkan ibu hamil untuk mengambil Omega sebanyak 200-300 mg setiap hari. Keperluan ini dapat diperoleh dari beberapa jenis makanan yang kita makan.

Secara semulajadi, Omega banyak ditemukan pada ASI. Oleh karena itu penyusuan adalah sangat bermanfaat bagi bayi. Untuk ibu yang menyusu, memakan ikan berlemak/ikan laut sejuk adalah cara paling baik untuk mendapatkan banyak Omega. Ikan-ikan tersebut misalnya Atlantic Salmon, Pacific Herring, Makarel, Tuna, dan Sardin. Selain itu, Omega juga terdapat pada telur, pemakanan tambahan/supplemen, dan susu formula yang mengandung Omega.

Oleh kerana begitu besarnya manfaat Omega bagi anak dan bayi, jangan lupa memasukkan makanan yang mengandung Omega 3 pada menu anda sehari-hari.

Untuk pilihan supplemen, anda boleh cuba Omega Guard daripada Shaklee yang diekstrak daripada ikan-ikan air laut sejuk/dalam bagi memastikan bekalan sumber asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi (EPA dan DHA) untuk anda dan bayi anda.



Untuk info lanjut atau sebarangn pertanyaan, anda boleh email kepada siti.syakira@gmail.com atau SMS  0196687345.


Untuk senarai harga dan produk Shaklee sila klik sini : Better Life Style   
Iklankan produk anda di sini : SOHO Directory  
Bercita-cita untuk jadi Work-At-Home-Mom? Boleh klik sini :  Akademi Bekerja Di Rumah 

Email : siti.syakira@gmail.com  

SMS : 019-6687345 
Facebook : Syakira RazakVitaminshop UmiBookshop Umi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...