Wednesday, January 8, 2014

Kelebihan Membaca Surah Yasin

Gambar: Google

Surah Yasin adalah surah yang selalu dibaca oleh umat Islam terutamanya pada malam Jumaat. Umum mengetahui surah Yasin mempunyai banyak kelebihannya dan sekiranya diamalkan selalu membacanya, akan beroleh pelbagai khasiat dan kebaikan.




Jadi hari ini saya nak berkongsi akan kelebihan mengamalkan surah Yasin, kesinambungan daripada entri saya yang lepas iaitu Kelebihan Al-Mathurat (boleh klik sini).

Rasulullah SAW bersabda: “Bacalah Surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan.“

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika tiada pakaian akan beroleh pakaian.
3. Jika belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika dipenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah akan meringankan siksanya.
9. Jika dahaga maka hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

Rasulullah SAW juga bersabda, “Hatiku menghendaki supaya Surah Yassin berada disetiap hati Ummatku.”

Selain daripada keberkatan dan kebaikan seperti disebut di atas, surah Yasin juga mempunyai banyak lagi fadhilat dan khasiatnya. Jom kita bersama-sama mengamalkannya. Pahala dapat, keberkatan pun dapat, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas sesuatu.


Selamat beramal!


Syakira Razak   (✿◠‿◠)
✿ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 881956 ]
✿ Contact No : 019-6687345
✿ Emel : siti.syakira@gmail.com
✿ Laman web: syakirarazak.blogspot.com
Facebook : Syakira RazakVitaminshop UmiBookshop Umi


Untuk senarai harga dan produk Shaklee Online (>‘o’)> : Better Life Style   
Jom iklankan produk anda (>‘o’)> : SOHO Directory  
Bercita-cita untuk jadi Work-At-Home-Mom? (>‘o’)> :  Akademi Bekerja Di Rumah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...