Thursday, March 20, 2014

Set Mengandung, Set Berpantang, Set Penyusuan, Kulit Sensitif dan Demam Kuning Part 2

Kita bertemu lagi, bercerita mengenai pengalaman sebelum dan selepas perkenalan dengan Shaklee dalam Set Mengandung, Set Berpantang, Set Penyusuan, Kulit Sensitif dan Demam Kuning Part 2.

Saya terus menyusukan anak pertama saya (kita sebut Kakak lepas ni k.. :) walaupun membekalkan dia dengan susu tepung semasa dirumah pengasuh. Kakak ni boleh saya katakan sebagai my no.1 BF die-hard-fan. Dia tak pernah sukakan susu badan yang dipanaskan dalam botol. Mungkin juga sebab susu yang dipanaskan dah rosak, rasanya  terjejas dan dia tak mahu jika diberi dalam botol, selain Kakak selalu buang air besar 4-6x sehari (mujur doktor paed kata itu adalah biasa bagi bayi, cuma saya tak pasti sampai umur berapa kebiasaan itu.. **ku pening)

Namun semasa mengandung kali kedua, saya sukakan Shaklee, dan perlu makan Shaklee hari-hari.

Pemakanan harian saya tidak banyak berubah berbanding semasa mengandung kali pertama selain menambah suplemen Shaklee kepada diet saya. Saya mengambil Vitalea, B-complex, Vita-C, Ostematrix, ESP dan Omega. Alhamdulillah, masalah morning/evening/night sickness terkawal. Saya bukan lagi penghuni tetap surau di pejabat pada waktu kerja. Saya juga mampu menguruskan anak, rumah dan memasak walaupun sudah dihujung kehamilan (walaupun perlu buat sendiri).

Setelah bersalin, saya teruskan juga dengan Shaklee, kali ini menambah Zinc dan Alfalfa kepada senarai suplemen saya. Ditambah juga dengan Earth Mama Angel Baby Momma Bottom Balm, luka saya cepat sembuh dan saya cepat sihat. Tambahan pula saya minggu kedua dah boleh pakai seluar, hehehe. Anak kedua saya (kita sebut Adik pula lepas ni.. :) tiada masalah kuning seperti Kakaknya. Betapa leganya saya kerana tak perlu bimbang akan kemungkinan bacaan kuningnya melampau tinggi hingga perlu tukar darah (Kakak hampir kena tukar darah, adui susahnya hati masa tu, dah la duk hospital, luka jahitan sakit, anak tak sihat, namun ku gagahkan diri demi anak tersayang).

Kakak si-penyusu-tegar (yang tetap menyusu semasa saya mengandung walaupun susu amat-amat sedikit) kelihatan sangatlah gembira dengan susu yang sungguh meriah selepas kelahiran adik. Balik-balik Kakak, balik-balik Kakak yang menyusu. Adik tetap juga menyusu, tapi masa Adik tidur, Kakak tetap tak lepaskan peluang. Pantang Adik menyusu dia pun menempel juga, nak dimarah tak sampai hati walaupun mulut ni kadang kala membebel juga hehehe. Dan hingga sekarang Kakak masih menyusu, share dengan Adik yang dah faham nak menempel juga kalau Kakak minta susu walaupun dia baru lepas menyusu. Jeles la tu..


Eh dah panjang juga entri kali ni.. Kita sambung lain kali k. Last part. Nantikan..

Sama ada bwk adik atau bawak kakak, tetap mampu walaupun jalan berkilo2meter setiap hari. Thanks Shaklee!

*Bulan ni ada promo ESP. Nak cuba 1 pun boleh. SMS saya segera di 019-6687345.

Syakira Razak   (✿◠‿◠)
✿ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 881956 ]
✿ Contact No : 019-6687345
✿ Emel : siti.syakira@gmail.com
✿ Laman web: syakirarazak.blogspot.com
Facebook : Syakira RazakVitaminshop UmiBookshop Umi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...