Monday, September 16, 2013

Jalan-jalan di Taman Teruntum, Kuantan

Assalamualaikum semua dan selamat menyambut hari malaysia yang ke-50.

Harini saya nak kongsikan cerita kami mengisi masa lapang semalam.

Pagi nya kami bersarapan di restoran makanan padang, terletak di bangunan bertentangan dengan Taman Kerang. Lempeng dan gulai hati lembu jadi pilihan kami untuk mengisi perut pagi ini. Sedap dan sangat berbaloi, anda pun patut cuba sekiranya anda berada di Kuantan.

Selepas aktiviti mengisi perut, kakak meminta dibawa ke Taman Teruntum. Ini memang kesukaan dia, dapat bebas dari terperuk dalam rumah seharian. Hehehe kasihan anak umi kan..

Taman ni memang sesuai untuk keluarga beriadah atau sekadar bersantai-santai sahaja. Tiada bayaran masuk dikenakan. Banyak aktiviti yang dapat dilakukan bersama keluarga di sini. Anda dan keluarga boleh berjogging, bermain di taman permainan dan tarikan utamanya ialah zoo mini. Ada pelbagai jenis haiwan di sini contohnya beruang, rusa, landak, kura-kura, ular, pelanduk dan buaya. Terdapat juga kereta kuda sekiranya ada berminat untuk bersiar-siar disekeliling taman. Dengan sedikit bayaran, boleh mendapat pengalaman baru bersama keluarga.


Selain menyihatkan badan di sini, boleh juga menimba ilmu pengetahuan. Anak-anak pasti sukakannya. Pergi sekali, pasti nak pergi lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...