Wednesday, September 18, 2013

Testimoni Kelas Asas Blog & Fanpage

Assalamualaikum dan salam ceria.

Haa bersemangat gitu kan.. Pagi ni saya nak berkongsi ceritakan tentang Kelas Asas Blog dan Fanpage yang saya sertai sejak hujung Julai yang lepas. Begini ceritanya..... (eecehhh)

Asalnya saya ni seorang yang agak maju dalam bab-bab PC dan IT ni masa dolu-dolu. Saya ada famili yang suka gajet dan ada kawan-kawan yang mahir komputer dan pelbagai ni. Jadi macam minyak wangi juga, sedikit sebanyak ilmu-ilmu tu terpalit pada saya. Namun sejak saya bekerja, saya seolah-olah berada dalam dunia yang terasing dan ilmu yang saya penah tau tidak berkembang lagi seiring dengan arus semasa.

Saya pernah dikenalkan dengan blog oleh kakak ipar saya yang baik hati. Dia buatkan saya satu blog untuk menjual baju bayi dan minta saya teruskan sahaja. Saya mencuba untuk beberapa kali, dan meneruskannya untuk seketika tapi ilmu saya cuma sampai situ sahaja. Saya cuba menjadikannya seperti blog-blog cantik lain tapi itulah dia nya, harapan tinggi dan kurang atau tiada ilmu mungkin hanya akan jadi impian. Kemudian blog itu tinggal blog sahaja. Saya pun dah tak ingat namanya (ampunnn kak ma... :)

Namun selama setahun atau lebih (sebelum saya berhenti kerja) saya telah mula berminat semula untuk mempunyai blog sendiri. Walaupun banyak rintangan saya tetap juga dengan impian saya untuk bergelar WAHM/SAHM/SOHO dengan berblogging. Namun usaha tanpa ilmu dan perancangan yang sebetul-betulnya tidak menjanjikan impian tertunai sepenuhnya. Usaha demi usaha belajar membuat blog sendiri dengan hanya merujuk pada nota online dan melalui carian Google nyata tidak sesuai dengan saya yang agak lambat menyerap ilmu nih. (huhuhu saya mengaku dan mengaku..)


Dipendekkan cerita (mungkin saya perlu buat entri lain untuk kisah hidup saya yang nyata tersasar dari tajuk di atas, panjang sangat hehehe), setelah mendaftar dengan untuk menyertai Kelas Asas Blog, Fan Page dan Dropship, saya merasakan tekanan untuk mendalami ilmu berblogging makin berkurangan dengan adanya kelas yang sangat fleksibel ini.

Apa yang seronoknya menyertai kelas ini?

1. Matlamat lebih tertumpu - mudahnya menyerap ilmu melalui kelas ni, tidaklah tersasar-sasar seperti belajar dengan encik Google. Tekanan tau belajar buat blog macam tu, kadang tu setengah hari mencuba satu langkah yang mudah tapi peratusan menjadinya tak banyak untuk saya. Jadi dengan adanya kelas ni, saya boleh la menumpukan sepenuh perhatian saya yang selalu sangat teralih ni pada matlamat utama saya iaitu Menjana Wang Dari Rumah.

2. Masa pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel - kelas ni sentiasa berjalan secara online 24 jam 7 hari seminggu. Nota dan ilmu akan dikongsikan melalui satu kelas khas. Bila-bila masa sahaja ada pertanyaan, pendapat, cadangan, anda hanya perlu utarakan sahaja. Namun harus difahami, guru tidaklah duduk menunggu di hadapan komputer menunggu anda sahaja kerana seperti anda dia juga seorang WAHM, famili pasti ditangga teratas.

3. Guru yang fleksibel - guru online yang baik hati dan fleksibel. Walau bagaimanapun anda, dia tetap bersedia dengan jawapan dan sentiasa mengingatkan andai anda terleka.

4. Rakan kelas yang baik hati - saya mengaku saya adalah seorang silent reader. Saya jarang 'membuka mulut/mengomen/menulis' kerana sangat jarang saya mempunyai ilham untuk menulis walaupun sedikit. (tapi kadang2 tu ada ilham dan dah taip panjang, bila fikir macam tak sesuai, saya padam pula.. duhhh hahaha) Namun rakan sekelas yang murah hati banyak juga berkongsi ilmu dan membantu dalam menimbulkan idea dalam diam-diam saya membaca tu.. (terima kasih semua! :)

5. Pembelajaran yang mudah - saya seorang yang agak lambat menyerap ilmu. Saya cepat membaca tapi untuk menyerap apa yang dibaca saya perlu baca berkali-kali, saya perlu cuba buat dan yang paling relevan dengan kelas ini ialah saya perlu bertanya (kalau bertanya saya lebih cepat faham, kalau tak tanya otak rasa tersekat). Dengan ada nya cikgu Zaila saya ni, saya ada tempat untuk bertanya. Walaupun soalannya sangat remeh, beliau sedia membantu.

Pembelajaran saya tidak semudah mana, namun kelas ini benar-benar membantu saya. Kala saya terleka dengan urusan famili, guru yang kembali menyapa bertanyakan khabar mambawa saya kembali kepada matlamat saya. Dan yang paling seronok, saya masih boleh kekal dalam kumpulan ini dan berkongsi ilmu yang tiada sempadan ini walaupun telah tamat semua tugasan wajib. Semoga ini menjadi titik mula untuk saya lebih fokus dengan matlamat-matlamat yang tertampal di dinding itu.

Kelas Asas Blog, Fanpage dan Dropship ini sangat berbaloi dengan harga yang saya bayar. Yang paling penting saya 'nampak' hasilnya.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai kami, anda boleh hubungi saya di siti.syakira@gmail.com atau pm saya di 0196687345.

Jemput juga sertai saya di :

FB: Syakira.Razak
Fanpage: Vitaminshop Umi, Bookshop Umi
Email: siti.syakira@gmail.com
HP: 0196687345

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...