Friday, October 25, 2013

Khasiat Yang Perlu Ada Dalam Diet Bayi Dari Umur 6 Bulan dan Ke Atas

Foto: Google

Baru-baru ini saya berhadapan dengan sedikit masalah. Saya kebuntuan nak menyediakan makanan untuk Adik Zakiah. Berlainan daripada kakaknya yang makan bubur (makanan utama) hingga hampir setahun (atau lebih), Adik dah tak mahu buka mulut kalau saya suapkan bubur. Siap geleng kepala pulak tu. Akhirnya Umi nya pula yang geleng kepala memikirkan apa yang nak disediakan untuk si kecik sorang tu.

Jadi kali ni saya nak berkongsi artikel tentang apa yang perlu para ibu pastikan ada dalam diet bayi yang berumur 6 bulan dan ke atas. Bayi pada umur ini juga memerlukan pemakanan yang seimbang seperti orang dewasa. Jom kita tinjau apa yang amat diperlukan mereka untuk memastikan mereka senyum seperti bayi di bawah pada kebanyakan masa mereka berjaga.


1. Karbohidrat :
  • Membekalkan tenaga dan penting untuk tumbesaran yang sihat. Mereka memerlukan karbohidrat kompleks dan karbohidrat ringkas.
  • Contoh karbohidrat komplek : kentang, pasta, nasi, roti, bijirin penuh, pisang.
  • Contoh karbohidrat ringkas : gula semulajadi (daripada buah dan sayuran), gula yang ditapis (biskut, coklat, kek).
2. Protein :
  • Membina dan meperbaiki tisu-tisu tubuh. Protein boleh didapati daripada haiwan dan sayuran.
  • Contoh protein dari sumber haiwan :  daging, ikan, ayam, telur dan produk tenusu (keju, yogurt, susu).
  • Contoh protein dari sumber sayuran : kekacang dan bijian, lentil, roti, kacang kuda, kacang panggang.
3. Sumber vitamin :
  • Penting untuk proses badan. Membantu tubuh menyerap makanandan menggunakan vitamin secara optima untuk meningkatkan sistem imun.
  • Boleh diperolehi daripada pelbagai sumber terutama dalam sayuran berdaun dan buah-buahan.
  • Vitamin larut lemak : vitamin A, D, E, K (boleh disimpan oleh tubuh)
  • Vitamin larut air : vitamin B, C (tidak boleh disimpan oleh tubuh, jadi bayi perlu mengambil sumber vitamin ini setiap hari)
4. Sumber mineral :
  • Tubuh memerlukan mineral yang berbeza untuk membantu pelbagai proses tubuh. Mineral yang amat penting untuk bayi pada usia ini adalah zat besi dan kalsium.
  • Mereka memerlukan banyak zat besi untuk tumbesaran dan pembinaan hemoglobin darah.
  • Contoh sumber zat besi : daging merah, ayam, kuning telur,  buah-buahan kering, roti bijirin penuh, minyak ikan, dan bijirin yang diperkaya dengan zat besi.
  • Dan mereka juga amat memerlukan kalsium untuk tulangn dan gigi yang sihat dan kuat. 
  • Contoh sumber kalsium : sayuran berdaun hijau, avocado, biji gajus dan kacang brazil.
5. Air :
  • Dua pertiga berat bayi adalah dari air dan merupakan bahagian penting pada keseluruhan sel-sel tubuh.
  • Ini terutamanya apabila anda mula dalam fasa menceraikan susus badan dan mula memberikan makanan pejal, pemberian air putih kepada mereka adalah sangat penting.
Semoga dengan sedikit perkongsian di atas, kita dapat menyediakan menu yang berkhasiat untuk bayi kita setiap hari bagi menyokong tumbesaran bayi yang sihat.

***Hmmm, Umi nak masak apa ye utk kanak-kanak kat umah ni hari ni. Umi harap kanak-kanak akan senyum macam member mereka kat atas tadi selepas makan.. Hehehe


Anda boleh isi borang pesanan di sini untuk mendapatkan produk-produk Shaklee.

Atau anda boleh SMS saya di 019-6687345 atau email kepada siti.syakira@gmail.com untuk maklumat lanjut.


Hubungi saya :
FB : Syakira RazakVitaminshop UmiBookshop Umi 
HP : 019-6687345
Email : siti.syakira@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...