Tuesday, November 19, 2013

Ebook Panduan Mengajar Bayi & Kanak Kanak PERCUMA

Assalamualaikum semua..
Entri kali ini saya dedikasikan khas buat Islamic Parenting Network. Anda juga dialu-alukan untuk menyebarkannya. Semoga kita semua akan mendapat manfaat daripada perkongsian ini.



by Lina Karim

Apa khabar? Sekarang ni cuti sekolah dah bermula. Jika ada anak yang bersekolah, akan rasa perbezaannya cuti atau tidak cuti sekolah tu. Jika tiada lagi anak yang bersekolah, kita akan rasa samanya. Betul tak?

Samada cuti atau tidak bercuti, kita sebagai ibubapa tetap memberi yang terbaik untuk anak-anak setiap hari tanpa henti. Masa kita yang sibuk itu, peruntukkanlah dengan tetap untuk bermain dan bermesra dengan anak setiap hari. Dan yang paling penting gunakannya untuk mendekatkan diri kita dan anak-anak kita kepada Allah. 

Alhamdulillah saya diberi peluang & masa oleh Allah untuk menyiapkan sesuatu yang saya mahu berikan pada orang ramai sebagai panduan sejak lama dulu. Saya yang suka bertangguh ini, terpaksa mengejar untuk menyelesaikannya kerana saya tahu, setiap hujung tahun ramai ibubapa yang ingin menghabiskan cuti tahun mereka sebelum ianya dikira 'burn' oleh sesebahagian syarikat. Hmm.. jika ibubapa bercuti, mereka akan membawa anak mereka berjalan. Dah puas berjalan, apa lagi nak buat? Mengajar anaklah pulak. Tapi bab ni, ibubapa blurr sikit. Budak lagi anak aku ni! Boleh belajar ke? Takpelah..

Dengan soalan dan masa yang lebih terluang pada hujung tahun ini, saya mengambil kesempatan untuk memberi ebook PERCUMA kepada ibubapa sebagai panduan. Ia adalah beberapa slide awal berjumlah hampir 40 slides semuanya yang diambil dari 'Kursus Lanjutan Mengajar AlQuran' saya. Slide lainnya adalah agak teknikal dan sukar difahami tanpa penerangan. Oleh sebab itu ia tidak dimasukkan kedalamnya. Saya pasti dengan hanya slides ini, ia dapat memberi pendedahan kepada ramai ibubapa tentang 'kuasa pembelajaran' anak-anak mereka sendiri. Semoga tiada ibubapa yang rasa mustahil untuk mengajar bayi mereka yang masih kecil dengan al Quran dan ilmu lainnya.

InsyaAllah ia akan dihantar pada hari Rabu nanti. Maka, tunggu emel saya ya..

Jika ada kawan-kawan Syakira yang ada anak kecil, sedang hamil atau sesiapa sahaja yang berminat untuk mendapatkan ebook tersebut beserta emel-emel saya yang lain, boleh forwardkan emel ini untuk mereka daftarkan nama dan emel mereka juga dengan langkah-langkah dibawah. 

1. Isi nama dan alamat emel untuk saya hantarkan emel link ebook tersebut borang sini http://www.islamicparentingnetwork.net/pages/yayasan-ipn

2. InsyaAllah ia akan diemelkan pada hari Rabu ini kepada yang baru dan juga yang telah lama mendaftar emel dengan saya.

Blog : www.darwishndarwisya.blogspot.com
Website : www.islamicparentingnetwork.net
Facebook Page : Islamic Parenting Network



Untuk senarai harga dan produk Shaklee klik sini : Better Life Style

Iklankan produk anda di sini : SOHO Directory


Bercita-cita untuk jadi Work-At-Home-Mom boleh klik sini :  Akademi Bekerja Di Rumah








SMS : 019-6687345

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...