Online Vitamin Outlet Kegemaran Anda dan Diari Harian Saya Bersama Anak. Anda juga boleh mendaftar untuk menyertai Kelas Asas Blog dan Mengiklankan Perniagaan / Servis Anda melalui saya.
Wednesday, February 26, 2014
Kuih Keria Genit dan Teh-O Strawberry Cameron Highland
Sejak berhenti dari alam pekerjaan ni, saya ada banyak kesempatan untuk menambah skill masak campak-campak saya dan yang paling saya suka belajar buat manisan untuk minuman petang. Dan kali ini saya dapat cuba buat kuih keria genit untuk minum petang kami bersama teh-o strawberry didatangkan khas dari Cameron Highland.
Idea nak buat kuih keria ni datang sebab ada keledek manis baki dari bahan-bahan untuk buat Asyura beberapa hari lepas. Macam tak lalu pulak nak makan keledek rebus sahaja macam selalu.
Bahan-bahannya:
Ubi keledek - direbus dahulu
Tepung gandum
Gula
Air
Caranya senang sahaja. Macam biasa, saya jenis yang agak2 dan campak2 aje.
Mula-mula lenyekkan ubi keledek. Kemudian masukkan tepung gandum dan gaulkan sehingga sebati. Kalau ikut sukatan mak saya, setiap 2 sukatan keledek dicampurkan dengan 2 sukatan tepung gandum. Tambahkan air sekadar perlu.
Adunan tadi kemudiannya dibentukkan berupa donut kecil. Anda boleh ajak anak-anak turut serta. Anak saya suka aje, cuma perlu sedikit penerangan dahulu tentang kebersihan dan cara nak bentukkannya.
Dah siap semuanya, maka gorengkan kuih-kuih itu..
Kemudian tiba masa untuk menyalut kuih tadi dengan air gula. Masakkan gula. Setelah cair masukkan sedikit air panas. Perlu berhati-hati ketika memasukkan air panas, boleh mercik gula cair tadi! (Prinsipnya tak jauh beza dengan cara nak buat gula hangus tapi kita taknak hanguskan gula tu. ) Kemudian masukkan kuih keria yang dah digoreng tadi ke dalam air gula tadi dan gaul-gaulkannya hingga kering.
Jangan lupa teh-o berperisa strawberry dari Cameron Highland tadi. Untuk buat teh-o tu, gulanya perlu dikurangkan 1/2-1 sudu gula dari kebiaasan kita buat teh-o boh. Sebab saya rasa jika kuantiti gula yang digunakan adalah sama maka rasa teh CH tadi akan hilang dan yang banyakknya rasa manis gula je. Potong sungguh! ;)
Selesai semuanya maka bolehlah dihidangkan untuk minum petang.
Syakira Razak (✿◠‿◠)
✿ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 881956 ]
✿ Contact No : 019 668 7345
✿ Emel : siti.syakira@gmail.com
✿ Laman web: syakirarazak.blogspot.com
✿ Facebook : Syakira Razak , Vitaminshop Umi , Bookshop Umi
** Ini adalah entri yang dah agak lama saya peram. Feel free to comment! :)
Labels:
Kami & Kamu,
Resepi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment