Saturday, March 8, 2014

Cerita Basic-H, Demam dan Muntah

Ini pengalaman saya dengan Basic-H, my ALL-PURPOSE-SUPER-SAVER-CLEANER.

Tahun lepas, saya dan keluarga melancong secara bajet. Jadi kebanyakan barang yang dibawa haruslah jenis barang pelbagai guna dan minima sama ada dalam bentuk saiz atau penggunaan.

Salah satu yang saya tetap nak bawa adalah bekalan Basic-H saya. Tujuan utama adalah in case perlu basuh pakaian dan tak jumpa mana nak beli sabun basuh. Boleh juga pakai untuk buat banyak buih dalam bath tub untuk kanak-kanak ribena tu. Jadi saya pun tapau la satu Tupperware mini berisi Basic-H.

Nak jadi cerita, kakak demam dari penerbangan pergi sampai la ke hotel. Esok nya pun macam tak berapa sihat, jetlag mungkin sebab jadual kami ketat. Dia pula baru nak sesuaikan diri dengan makanan dan suasana tempat orang, so kurang pula makan dan minum. Dah bergendong pun macam tu juga, manja la katakan. Balik hotel malam tu kakak muntah. Pakaian kakak dan karpet hotel habis kena muntah. Bau muntah pun faham-faham aje la..

Tengah malam tu, selepas kanak-kanak dah tidur, saya pun mulakan keje. Mula-mula bilas kesan muntah pada pakaian. Basuh dengan sabun biasa tak hilang warna muntah dan masih berbau. Termenung sekejap, lambat pikap kannn.. hahaha.. Terus capai Basic-H dan campurkan setengah hingga satu sudu kecil Basic-H ke dalam takungan air bersih dalam sinki. Ku gosok 2,3 kali air jadi keruh sikit dan baju ceria kembali warnanya. Ooohhhhhhhhhhh gumbira rasa. Terus bilas baju lain2 dan tukar air lain untuk bilas semula. Sangat mujarab, kotor hilang, bau busuk pun hilang.

Kemudian teruskan pada karpet hotel pula. Air campuran Basic-H tadi di gosok ke karpet dan viola! Bau masam hilang dan tiada kesan kotor atau pencuci tinggal pada tempat muntah tu.

Saat tu cuma rasa bersyukur Allah temukan dengan Basic-H Shaklee ni. Tak perlu stress sangat time penat di perantauan orang over kesan muntah atau akibat kekurangan bilangan baju selesa untuk dipakai anak-anak. Ya Allah, terima kasih ya Allah..

Saya juga membasahkan tuala kecil untuk jerlum kepala anak yang demam-demam-manja sebelum tu. Alhamdulillah turun sikit panas badannya.



Ada baaaaaanyak lagi kegunaan Basic-H ni. Akan saya kongsikan di lain kali.

Harga retail 1 botol Basic-H ialah RM46 (Semenanjung) / RM49 (Sabah/Sarawak). Sebotol untuk pelbagai guna di rumah atau di mana-mana sahaja. Menjimatkan, semulajadi, selamat dan memuaskan hati.

Nak cuba? SMS 019-6687345 untuk pertanyaan.


Syakira Razak   (✿◠‿◠)
✿ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 881956 ]
✿ Contact No : 019 668 7345
✿ Emel : siti.syakira@gmail.com
✿ Laman web: syakirarazak.blogspot.com
Facebook : Syakira RazakVitaminshop UmiBookshop Umi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...